Kenali Jenis Chiffon


Chiffon ada dua jenis yang asas, iaitu silk chiffon or nylon chiffon. Silk chiffon diperbuat dengan bahan semula jadi seperti cotton or silk. Nylon chiffon pula diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester.Oleh itu, silk chiffon lebih mahal dan lembut berbanding nylon chiffon.

1. Silk Chiffon
Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Kadar kandungan komposit silk/kapas dalam fabric ni adalah 100%. Kain ni boleh dikatakan sgt lembut and delicacy gives it an extra comfort for all types of fashion wears.

2. Nylon Chiffon
Nylon chiffon lebih murah berbanding silk chiffon.Nylon chiffon boleh hand washed berbanding silk chiffon hanya boleh dry cleaned sahaja. Nylon chiffon lebih tahan lama dan x mudah koyak berbanding silk chiffon. Kebanyakan di pasaran sekarang seperti shawl adalah diperbuat daripada nylon chiffon kerana ia lebih tahan dan mudah di jaga.

3. Chiffon Georgette (customize chiffon)
Kain ini adalah gabungan kain chiffon dan georgette. Chiffon jenis ni biasanya digunakan sebagai lining kepada chiffon silk tapi ada sesetengah butik yang kurang arif ttg jenis kain akan konfius antara georget dan silk… So berhati2 bila butik kata chiffon silk, pegang dan sentuh kain itu… chiffon silk sgt lembut manakala georrgette agak keras dan berat. Banyak instant shawl menggunakan chiffon georgette dan harganya lebih murah berbanding chiffon jenis lain.

4. Heavy Chiffon (customize chiffon)
Heavy chiffon adalah kegemaran Zt Zeal! hehe.. Heavy chiffon juga salah satu jenis polyester chiffon tetapi ia kurang jarang berbanding jenis chiffon yang lain. Tekstur kainnya juga lembut dan beralun tetapi berat sesuai dengan namanya heavy chiffon. Ia juga sesuai untuk shawl dan jubah. Hujung tahun ni, Zt Zeal akan launch produk Instant Shawl yang menggunakan material ini. yeaayy! so happy.. haha.. 🙂

Sebenarnya ada banyak lagi jenis chiffon. Ada juga chiffon yang telah di ‘customize’ kan oleh pengilang berdasarkan permintaan pengguna seperti chiffon georgette dan heavy chiffon. Tetapi, 4 jenis chiffon yang saya nyatakan tadi adalah yang basic dan paling popular di pasaran.

Kredit: FB Tudung lawo