terjah nas ahmad
hargaRM 8
kategoriUmum
penulis
Nas Ahmad
halaman160
berat300 gram
tarikh terbit31 Mac 2006
isbn983-124-235-1
SINOPSIS

Kerap terpapar di Melodi (TV3) Nas Ahmad menerjah artis. Terdedah di segmen ‘Terjah!!’ itu cerita-cerita kontroversi dan sensasi dalam dunia artis. Artis diterjah walau tanpa persediaan dan ada kalanya dalam keadaan separuh rela.

Bagaimana pula kalau Nas Ahmad atau Abang Rambut Ketak atau Abang Melodi ini diterjah?

TERJAH!! membongkar 1001 rahsia yang tersimpan dalam diri Nas Ahmad sejak kecil hingga kini. Menerusi biografi ini, terpapar segala pengalaman pahit manisnya mengharungi kehidupan, mengenai visinya yang tidak pernah terpesong dan mengenai semangatnya yang takkan pernah padam dengan pandangannya yang tersendiri. Ia bukan sekadar satu pendedahan, malah juga satu rujukan terutama kepada mereka yang sehaluan.

Suatu yang pasti, hasil tulisan ini mampu membina emosi pembaca merasai kesedihan, kelucuan dan kebanggaan.

Semuanya bukan lagi rahsia.
Moga paparan menjadi iktibar...

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]