Buku ini juga membincangkan tentang penyakit-penyakit yang sering menyerang kaum lelaki, kaedah-kaedah untuk merancang keluarga dan makanan-makanan untuk kesihatan. Semua terpulang kepada individu sama ada mahu berusaha atau berserah kepada takdir semata-mata. Buku ini telah disemak oleh Dr. Faridah bt Jabar, Pegawai Perubatan Bius, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.
Sekiranya buku ini dimanfaatkan, insya-ALLAH semua masalah yang timbul dapat diselesaikan. Semoga para pembaca, khasnya kaum Adam dapat mengharungi dan melalui hidup ini dengan penuh keceriaan.