memacu transformasi
hargaRM 11
kategoriUmum
penulis
Dato Saifuddin
halaman168
berat200 gram
tarikh terbit23 September 2013
isbn978-983-124-898-0
SINOPSIS
Dato’ Saifuddin Abdullah menganggap Program Transformasi Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah pendekatan perubahan yang terbaik buat Malaysia. Menurutnya, transformasi tersebut ialah satu proses ‘dynamic stabilism’ yang bersesuaian dengan warisan, wajah dan wawasan kita. Ia komprehensif dari segi bidang, penggubalan, pelaksanaan dan penilaiannya. Malah, ia lebih komprehensif daripada inisiatif-inisiatif hampir sama di negara-negara maju. Ia telah membuahkan hasil-hasil positif dan perlu dipacu bersama.

Sebagai ahli politik yang progresif, Saifuddin membahaskan transformasi ini melalui kolumnya di akhbar Sinar Harian. Buku ini merupakan kompilasi 50 rencana tersebut yang meliputi aspek pendidikan, belia dan mahasiswa, realiti dan politik baru, UMNO/BN, PRU13 dan ekonomi. Ia ditulis dengan artikulatif dan kritikal sambil mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan. Ia wajar menjadi bacaan dan rujukan aktivis dan penganalis isu-isu kontemporari Malaysia.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]