seronok bertaman
hargaRM 19.9
kategoriUmum
penulis
Teh Rohaya
halaman176
berat0 gram
tarikh terbit30 Mac 2010
isbn978-983-124-535-4
SINOPSIS
Slogan ‘Rumahku, Syurgaku’ seharusnya merujuk kepada kediaman yang benar-benar memberikan keselesaan dan ketenangan kepada penghuninya. Sebuah ‘syurga’ tentulah indah pada pandangan mata dan seharusnya juga dirasai keindahannya di dalam hati. Wujudkan ‘syurga’ di kediaman sendiri dengan membentuk taman indah yang boleh dinikmati setiap hari.

Pesona daripada kehijauan pokok, bunga-bungaan aneka warna, irama air pancuran dan siulan burung-burung, umpama kuasa margis yang mampu melenyapkan segala tekanan dan keresahan. Memiliki taman indah di kediaman boleh diibaratkan memiliki ‘pusat terapi’ semula jadi yang berkesan kepada anda dan keluarga.

Usah bertangguh, mulalah merancang untuk mengubah halaman atau balkoni kediaman kepada taman yang indah. Hasilkan sendiri supaya memberi kepuasan dan dapat dibanggakan. Buku Seronok Bertaman ini boleh dijadikan inspirasi dan rujukan. Anda boleh menanam sendiri pokok-pokok hiasan yang dikehendaki melalui Segmen Ayuh Berkebun.

Seterusnya melakukan aktiviti pertukangan untuk menghasilkan aksesori sebagaim penghias taman melalui Segmen Indahkan Taman.

Langkah demi langkah yang ditunjukkan mudah diikuti.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]