keluarga sakinah
hargaRM 10
kategoriUmum
penulis
Profesor Dr. Sidek Baba
halaman224
berat300 gram
tarikh terbit04 Februari 2010
isbn978-983-124-495-1
SINOPSIS
MANUSIA kadangkala alpa, nikmat dan ganjaran daripada ALLAH itu sifatnya sejati. Seseorang insan yang kaya dengan harta tidak semestinya insan paling bahagia di dunia. Seorang tukang kasut yang miskin pula tidak semestinya tidak bahagia hidupnya kerana nikmat ALLAH itu tidak terhad dan terbatas dalam sesuatu bentuk sahaja. Kesejahteraan hidup dan keharmonian emosi datangnya dari kurniaan ALLAH yang meliputi banyak perkara antaranya ialah Keluarga Sakinah.

Keluarga Sakinah merupakan sebuah keluarga impian yang hidupnya sentiasa aman dan sejahtera. Impian ini boleh dicapai dengan semua anggota keluarga terutamanya ibu bapa mengamalkan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan efektif. Meskipun naluri dan suara hati untuk mencari keredaan ILAHI itu sudah ada tetapi ia perlu dipandu. Diharap buku yang membincangkan bimbingan dan pengertian hidup berkeluarga ini dapat membantu pembaca memahami kepentingan membina keluarga bahagia dan menggapai ketenangan jiwa serta kejayaan dalam hidup.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]