jom mengetop
hargaRM 10
kategoriUmum
penulis
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
halaman248
berat0 gram
tarikh terbit24 Oktober 2009
isbn978-983-124-465-4
SINOPSIS
KEJAYAAN. Itulah yang kita cari bagi memberi makna di dalam hidup ini. Sama ada ia adalah kejayaan fizikal di dunia, kejayaan emosional untuk peribadi mahupun kejayaan spiritual untuk akhirat, kejayaan turut memberi kita kebahagiaan. Namun, kejayaan yang hebat pula adalah kejayaan bila kita berada di tangga teratas. Ertinya mendapat nombor satu, paling hebat, paling best dan paling top. Ini kerana, bila kita top, kita menjadi insan yang terbaik antara yang terbaik.

JOM MENGETOP adalah sebuah buku yang membicarakan tentang bagaimana hendak mencapai puncak kejayaan. Disampaikan dengan cara santai dan selamba, JOM MENGETOP menyentuh pelbagai aspek yang antaranya adalah agama, cabaran, cinta, emosi, hobi, kasih sayang, kekuatan motivasi dan banyak lagi. Terdapat lebih 100 topik yang dibicarakan di dalam buku yang comel ini. Mudah-mudahan anda akan terpanggil untuk memperbaiki kejayaan selepas menamatkan bacaan buku ini.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]