ya allah akalku terhad ilmuku dangkal
hargaRM 18
kategoriUmum
penulis
Sofiyah @ Satuyah Rasin
halaman288
berat0 gram
tarikh terbit27 Julai 2010
isbn978-967-5711-09-1
SINOPSIS
KARYA sastera Greek oleh Homer pada tahun 800 SM tentang Odysseus, seorang panglima perang yang hebat dan raja bijaksana merupakan kisah yang sinonim dengan istilah Odyssey. Odysseus menghabiskan masa sepuluh tahun di medan perang Troy dan selepas perang berakhir, Odysseus mengambil masa sepuluh tahun perjalanan kembali kepada keluarganya. Kisah ini sering dipentaskan dengan tajuk The Odyssey yang bermakna perjalanan atau pengembaraan.

Odyssey dalam buku ini adalah tentang pengembaraan hati, silih bergantinya perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang ditakdirkan sepanjang pengalaman hidup seharian walaupun pengalaman itu pada zahirnya kelihatan remeh-temeh, kecil dan dianggap tiada apa-apa yang penting’atau biasa-biasa saja.

Perasaan manusia bersilih ganti, datang dan pergi. Cinta, kasih, sayang, gembira, bahagia mengharap, bersemangat, yakin, bersyukur, sedih, kesal, marah, bimbang, risau, tercabar, malu, kagum, cemburu, kecewa, jijik dan sebagainya.

Setiap pengalaman dan perasaan adalah platform atau peluang mengenal Allah. Allah suka diri-Nya dikenali seperti maksud hadis qudsi:
"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali".

Semoga silih bergantinya perasaan tidak menyebabkan kita lupa bahawa kita hanya hamba yang perlu tunduk dan pasrah kepada Allah yang Maha Agung. Apa jua yang datang, semoga doa dari maksud ayat quran berikut menjadi penawar.

"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (Surah An Naml: 40)

Kisah-kisah dalam buku ini hanyalah sebahagian kecil pengalaman dan kejadian dari seluruh keluasan ciptaan-Nya. Semoga menjadi inspirasi untuk terus mengenal Allah dalam Odyssey sebagai khalifah dan hamba di mukabumi. Anda juga mempunyai Odyssey masing-masing…semoga membawa kenal kepada Allah. Amin.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]