yoga kanak-kanak
hargaRM 10
kategoriUmum
penulis
Hazira Hamsah
Heidi Kiong
halaman112
berat300 gram
tarikh terbit13 Oktober 2006
isbn967-860-263-7
SINOPSIS

UNGKAPAN ''''melentur buluh biarlah dari rebung'''' tidak hanya terbatas dalam aspek akademik sahaja, tetapi juga menjangkau bidang-bidang lain, termasuklah dalam amalan yoga.

Dalam menerapkan amalan yoga, adalah wajar kemahiran dipupuk dan diajarkan seawal peringkat kanak-kanak lagi. Atas sebab senaman yoga dapat meningkatkan kesihatan luaran seperti memelihara sistem pernafasan, melancarkan proses peredaran darah, membantu meregangkan otot dan juga menguatkan daya pertahanan fizikal secara amnya. Keadaan ini dengan sendirinya akan melatih otot-otot, jantung dan paru-paru menjadi lebih efisyen. Di samping itu, senaman yoga turut menjaga kesihatan dalaman yakni membina minda yang sihat dan cerdas.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]