hadirmu satu kurnia
hargaRM 17
kategoriNovel
penulis
Fariza Zuliana
halaman432
berat400 gram
tarikh terbit17 Julai 2006
isbn983-124-247-5
SINOPSIS
Beliau menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis tetapi di sebaliknya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali ke persada penulisan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan ''''Hadirmu Satu Kurnia''''.

Jalan cerita dalam novel ini benar-benar membuai perasaan kita. Jazlan yang amat mengasihi Fidelya seorang keturunan Portugis telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Namun kasih sayang mereka teruji apabila Fidelya menghidapi penyakit kronik. Pemergian Fidelya begitu terasa dan Jazlan terpaksa membawa diri ke luar negara.

Beberapa tahun kemudian dia kembali. Dalam masa yang sama suatu mimpi misteri sering menggamit lenanya. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dalam pencarian maksud mimpi itu, dia mengenali Jasmina dan Nathalia. Kedua-dua gadis itu begitu istimewa di hatinya.

Namun, hati Jazlan hanya satu. Kepada siapa harus diberikan cinta? Adakah mimpi itu hanya mainan tidurnya atau ia satu realiti yang perlu dihadapinya?
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]