memang dia orangnya
hargaRM 23
kategoriNovel
penulis
Weeda
halaman592
berat550 gram
tarikh terbit24 Mei 2014
isbn978-983-124-954-3
SINOPSIS

Ada orang kata, mana mungkin dinamakan cinta kalau hanya kenal dalam satu hari. Ya ke? Namun, Hani dan Azeem bukanlah orangnya. Pertemuan depan pondok pak guard sedekad yang lepas membuahkan rasa cinta pandang pertama mereka.

Dalam satu hari, Hani dan Azeem mengikat janji setia. Tiba harinya, lelaki itu menghilangkan diri. Hani melopong sendirian. Dia pasrah tetapi sisa rindu bercampur geram dan bengang itu terbawa-bawa sehingga sedekad lamanya!

Kehadiran Nazmi pula tidak mampu menutup rasa ingin tahu Hani terhadap Azeem. Doanya dimakbulkan. Bulat mata gadis itu apabila Azeem muncul kembali sebagai pengurus pembinaan spa milik mamanya. Mereka kenal. Mereka tahu tetapi kenapa mereka berpura-pura?!

False alarm! Azeem dan Hani terpaksa menjalankan misi mereka yang tersendiri!

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]