cinta bunga tulip
hargaRM 22
kategoriNovel
penulis
Laila Kamilia
halaman560
berat450 gram
tarikh terbit04 Mac 2013
isbn978-983-124-848-5
SINOPSIS
Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!

Mereka hanya saying-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari.
Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!

Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis yang dicintai itu pergi meninggalkannya?
Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga punya nekad. Dia mesti sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara:

Ich Liebe Dich…! (Aku Cinta Kamu...!)
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]