teja di hati - liza nur
hargaRM 30
kategoriNovel
penulis
Liza Nur
halaman0
berat0 gram
tarikh terbit17 November 2020
isbn978-967-86-0974-6
SINOPSIS

Kahwin. Topik yang sangat ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahannya berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.

 “Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila.” - Teja.

 “Please do that.”- Luq

 Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, Tuah hadir menuntut Tejanya.

“Awak tahu tak, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang.” - Tuah

Mampukah lelaki pramatang seperti Luq menjadi pelindung yang diperlukan Teja apabila musibah datang melanda? Atau mungkinkah dia akan berlalu pergi, mengulangi kesilapan silamnya?

“Mungkin aku bukan laksamana terbilang, bukan sultan atas takhta. Tapi, Teja yang satu ini, aku punya. Jangan sesiapa pandai-pandai nak claim ownership.”– Luq.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]