janji yang dinanti
hargaRM 28
kategoriNovel
penulis
ALIA ALIZS
halaman480
berat0 gram
tarikh terbit01 Julai 2018
isbn978-967-86-0926-5
SINOPSIS

Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji setia padaku, tapi akhirnya hilang tanpa berita dan lupa segala janji. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!

“Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku.” – Faliq.

“Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku.” – Zahwan.

Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan

Berjayakah Asnida memisahkan aku dengan Faliq? Mampukah Faliq mempertahankan cintanya padaku? Apa pula tindakan Adil bila tahu aku menjadi rebutan antara Zahwan dan Faliq?

Oh, abang! Tolonglah... adikmu ini benar-benar tersepit antara abang, kawan dan kekasih…   

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]