syahadah cintamu
hargaRM 23
kategoriNovel
penulis
KAMSIAH ABU
halaman384
berat0 gram
tarikh terbit01 Jun 2019
isbn978-967-86-0922-7
SINOPSIS


Nur Azira dibesarkan dalam suasana penuh didikan agama.  Sebab itu dia amat menjaga akhlak dan keperibadiannya sebagai seorang gadis remaja. Tidak kira di mana atau dengan siapa dia berinteraksi. Keperibadian yang mulia itu telah berjaya membuatkan Richard Ong, pengurus tempat Nur Azira bekerja telah jatuh hati padanya sehingga Richard Ong dengan rela hati mahu mendalami agama Islam.

 

Namun dalam masa yang sama Doktor Hafizi, seorang kariah masjid yang tinggal berhampiran dengan rumah Nur Azira juga turut jatuh cinta dengannya. Tetapi hati Nur Azira telah dicuri oleh Richard Ong terlebih dahulu, walaupun Nur Azira tidak pernah memberitahu sesiapa.

 

“Okey, kalau begitu, sekarang saya nak terus terang kat awak. Saya dah jatuh cinta kat awak. So, mahu tak awak jadi kekasih saya mulai sekarang?” – Richard Ong

 

“Err… tak. Saya rasa kita dah banyak buang masa kat sini. Sekarang masih waktu pejabat. Jadi, benarkan saya balik ke pejabat saya sekarang. Ada beberapa laporan lagi saya tak sempat semak semalam. Maaf ya!” – Nur Azira

 

Nur Azira cuba melepaskan dirinya daripada segala ujian dan dugaan yang melanda. Dia terpaksa meleraikan dilema yang dihadapinya tanpa menyakiti hati kedua-dua jejaka itu. Dia harus memilih yang benar-benar ikhlas dan bersama-samanya hingga ke syurga.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]