#katerercinta
hargaRM 23
kategoriNovel
penulis
Nurul Syahida
halaman339
berat0 gram
tarikh terbit01 Mei 2019
isbn978-967-86-0920-3
SINOPSIS

Ada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda.

Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang.

Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.

“Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira

“Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to me,” ~Annas

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]