cukup sampai di sini
hargaRM 30
kategoriNovel
penulis
Viviana Rose
halaman0
berat0 gram
tarikh terbit15 Oktober 2016
isbn978-967-86-0741-4
SINOPSIS

Kejadian hitam yang menimpa diri Syafiqah telah mengucar-kacirkan hidupnya. Majlis pertunangan bersama Zikri telah dibatalkan setelah dirinya disahkan hamil. Faizal yang menyintai Syafiqah dalam diam cuba menjadi penyelamat. Namun, takdir mendahului segalanya. Angkara dengki dan iri hati, maruah Syafiqah dan keluarganya telah dipijak lumat di hadapan orang kampung.

Syafiqah akhirnya nekad. Dia harus bangkit mencari bahagianya sendiri. Kampung halaman yang telah banyak melukiskan kenangan hitam dalam hidupnya segera ditinggalkan.

Ketika dia mula hendak tersenyum, sekali lagi kekuatan dirinya diuji. Dia tersepit di antara kasih sayang suaminya, Fareez dan kebencian ibu mentua. Mampukah Syafiqah bertahan dan mengabaikan segala hinaan dan cacian yang dilontarkan untuknya. Atau adakah kecewa dan luka di hati mengatasi rasa cintanya kepada Fareez?

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]