Dhanial Syakim dibesarkan dengan penuh
kasih sayang. Muka tampan dan segak namun disebabkan lelaki itu ‘anak
emak’ Qistina jadi tidak berselera.
“Oh, tidak! Rambut pun masih
mama sikatkan! Dah besar panjang macam tu masih dihantar ke kampus? Eii…
geli-geleman aku!” ~ QISTINA RAISYA
Perbuatan Qistina mengurat Dhanial
tanpa segan silu di kampus menjadi tanda tanya. Dia jadi rimas bila ada
orang mengganggunya. Sudahnya, takdir mengikat mereka di dalam satu
ikatan perkahwinan yang sah namun tanpa rela.
“Hoi! Kau ni kenapa asyik nak ganggu aku aje hah? Siap bawa sepanduk, ‘I LOVE YOU’ keliling kampus?” ~ DHANIAL SYAKIM
Ibarat retak menanti belah apabila
terlalu banyak campur tangan. Qistina dan Dhanial melancarkan perang
hingga kemalangan besar menimpa Dhanial! Apalagi makin membukit
kemarahan Puan Rita terhadap menantunya itu.
“Dari awal lagi hati aku dah
kata yang kau memang tak layak untuk jadi menantu aku. Berambus kau,
perempuan tak guna!” ~ PUAN RITA
Ketika Dhanial masih terlantar di hospital, Qistina dihalau pergi buat selamanya. Mampukah rumah tangga mereka kembali bersatu?