crush aku ‘mr. chicano’
hargaRM 28
kategoriNovel
penulis
Batiah Hadi
halaman448
berat0 gram
tarikh terbit01 Mac 2019
isbn978-967-86- 0911-1
SINOPSIS

CRUSH AKU ‘MR. CHICANO’ - DR. BATIAH HADI

Lelaki Melayu ke Mat Chicano? Itulah persoalan yang bermain-main dalam kepala Eva saat terserempak dengan Emir sewaktu transit di Los Angeles. Tidak sangka rupa-rupanya lelaki itu pelajar senior di universiti Eva dan crush bagi ramai gadis termasuk rakan baik Eva, Mira.

Sejak berjumpa Emir, Eva sering dilanda masalah. Kemuncaknya apabila Eva dan Emir terperangkap dalam lif. Timbul satu fitnah yang menyebabkan Eva dihalau dari apartmennya. Emir jatuh kasih kepada Eva dan mengajaknya berkahwin sebagai jalan keluar.

“Saya tak suka awak dan saya takkan kahwin dengan awak!” - Eva Rose

“Berikan saya satu peluang dan saya akan buktikan yang saya adalah pilihan terbaik dalam hidup awak.” - Emir Sirhan

Namun, takdir TUHAN tiada siapa yang tahu. Bila perkahwinan itu terbina, lain pula cabarannya. Eva terpaksa membawa diri. Dua tahun kemudian, dia kembali demi menuntut haknya. Hak yang bakal memisahkan mereka selama-lamanya. Biarlah Mr. Chicano kekal menjadi ex crushnya.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]