variasi gubahan pengantin
hargaRM 19.9
kategoriKraf
penulis
Nusra Rahmat
halaman176
berat500 gram
tarikh terbit09 Januari 2007
isbn983-124-281-5
SINOPSIS

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan komprehensif untuk majlis raja sehari untuk mereka yang ingin membuat hantaran sendiri kerana kebanyakan gubahan direka dengan mudah dan ringkas. Amat sesuai untuk mereka yang kurang berkemahiran. Malah, buku ini merupakan pilihan tepat untuk anda yang tercari-cari bahan rujukan sebagai sumber ilham perkahwinan. Buku ini mengajak anda berkongsi pelbagai teknik menghias bagi menghasilkan gubahan yang mengagumkan.

Selain rekaan gubahan langkah demi langkah, dipaparkan juga pelbagai set gubahan dengan warna tema tertentu serta ratusan foto menarik. Andaikata tidak sempat menyediakan gubahan sendiri, gunakan foto-foto yang dipaparkan sebagai panduan bagi mendapatkan idea ketika membuat tempahan.

Tumpahkan sedikit kreativiti, ubah kebiasaan dan cipta kelainan. Dengan kreativiti yang anda miliki serta kombinasi idea kami, warnailah kegemilangan adat istiadat Melayu dengan seni gubahan yang menawan. Abadikannya sebagai kenangan terindah di hari bahagia.

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]