variasi seni mengait
hargaRM 19.9
kategoriKraf
penulis
Nik Azizah Daud
halaman176
berat550 gram
tarikh terbit14 Mac 2006
isbn983-124-224-6
SINOPSIS
Kepada anda yang minat mengait, iaitu satu seni kerja tangan yang boleh dibuat sendiri, apa kata anda mencuba sesuatu yang baru melalui buku ini. Khusus untuk anda yang minat mempelajari cara-cara mengait tanpa perlu menghadiri sebarang kelas, VARIASI SENI MENGAIT dapat merealisasikan impian yang terpendam selama ini. Buku ini mengandungi pelbagai jenis fesyen mengait dengan disediakan panduan yang ringkas, mudah dan padat. Setiap contoh kaitan disertakan foto berwarna, gambar rajah serta arahan terperinci yang mudah difahami serta menarik.

Kandungan buku ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu knitting (kait jarum dua), krusye (kait jarum satu), kaitan pita, sulaman tangan, sulaman hiasan dinding serta sulaman tampal cantum. Antara contoh hasil kaitan yang boleh dijadikan pencetus idea ialah pelbagai jenis alas hiasan, selendang, sarung tangan, langsir, stoking, serkup teko dan banyak lagi.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]