Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan (Ramai Tidak Tahu)


Pernah dengar tentang khasiat chia seed?

Jika tidak jom kami kongsikan tentang kebaikkan chia seed yang menarik untuk diketahui.

Chia seed yang banyak ditanam di selatan Amerika sebenarnya merupakan makanan penting masyarakat zaman kuno seperti Maya. Walaupun ia sudah wujud sejak lama dahulu, namun hanya sekarang ia diiktiraf sebagai makanan moden yang bagus untuk kesihatan.

Berikut adalah antara hasil kajian yang membongkar khasiat chia seed:

Pepatah “kecil-kecil cili padi” sesuai diberikan kepada chia seed. Dalam 28 gram chia seed, terdapat banyak khasiat iaitu: Serat atau fiber, protin, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, Zink, vitamin B3, Potasium, Omega 3, Vitamin B1, dan Vitamin B2.

Chia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser.

Chia seed merupakan makanan rendah karbohidrat.

Ia kaya dengan serat. Jadi, chia seed boleh menyerap air 10-12 kali ganda lebih berat daripada beratnya sendiri. Ia berubah menjadi gel dan mengembang di dalam perut.

Justeru, perut cepat berasa kenyang, penghadaman makanan pula menjadi lebih lambat, menyebabkan anda akan memakan sedikit saja kalori.

 

Bakteria “baik” di dalam usus juga mendapat kebaikan daripada serat yang berada di dalam chia seed.

Kandungan protin di dalam chia seed adalah tinggi dan dikatakan lebih tinggi berbanding kebanyakan tumbuhan.

Chia seed mengandungi Protin. Sebagaimana diketahui ramai, ia adalah nutrien yang bagus bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sihat.

Kandungan protin di dalam chia seed boleh mengurangkan selera makan, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

Ramai menyangka yang protin dan serat di dalam chia seed membantu menurunkan berat badan. Sebaliknya, kajian menunjukkan memakan chia seed sahaja tidak memberi kesan jelas kepada penurunan berat badan. Ini kerana untuk menurunkan berat badan, cara hidup sihat secara keseluruhan perlu diamalkan.

Kandungan Omega 3 di dalam chia seed tidak dapat membandingi Omega 3 dalam ikan.

Kerana ia kaya dengan kalsium, fosforus, magnesium dan protin, maka chia seed diakui bagus untuk kesihatan tulang. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tidak suka minum susu!

Kajian awal menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapat manfaat daripada chia seed. Ini termasuk tekanan darah menurun dan penurunan gula dalam darah.

Chia seed membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang. Jadi, bagi mereka yang aktif terutama dalam sukan, ini baik untuk anda.

Oleh kerana chia seed mempunyai rasa yang tawar, ia sesuai dicampurkan ke dalam apa jua makanan termasuk bersama sayur-sayuran, nasi, dan yogurt juga.

Masih banyak kajian sedang dijalankan untuk mencari dan meyakinkan kebaikan chia seed sebagai sumber kesihatan. Walaupun begitu, setiap pengambilan mestilah dalam kadar sederhana.

Ini kerana, apa jua yang berlebihan akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan. Bagi mereka yang tidak biasa makan makanan mengandungi serat tinggi, mungkin akan mengalami masalah sampingan.

Justeru, cukup sekadar menaburkannya di atas salad atau campurkan ia dengan air minuman anda.

kredit artikel: Blog bidadari.my

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]