Jom Kenali Kuih-Muih Tradisional Malaysia


Tidak semua mengenali nama-nama kuih tradisional walaupun pernah memakannya. Jika pergi membeli kuih di kedai, segelintir masyarakat sekadar menunjuk jenis kuih yang dibelinya tanpa menyebut nama kuih tersebut.

Adakalanya bila orang meminta untuk belikan kuih yang disenaraikan, boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak tahu nama kuih tersebut melainkan perlu melihat rupa bentuk kuihnya. Jadi, ada baiknya anda yang membaca luangkan masa mengenali kuih-muih disenaraikan ini.

kenali kuih tradisional

Sumber: O That Sherry

Selepas ini, tidak perlu tanya peniaga jual kuih, “Ini kuih apa?” sebab anda sudah tahu.

Pencuci mulut Malaysia berbeza dengan pencuci mulut negara barat. Jika di barat pencuci mulut lebih kepada pelbagai jenis kek dan biskut tetapi di Malaysia kaya dengan pencuci mulut bertekstur lembut, berkrim, berwarna-warni dan manis yang dipanggil kuih.

Kuih-muih tempatan ini asal-usulnya daripada kaum Melayu dan ada juga daripada Nyonya atau Peranakan yang datang dalam pebagai bentuk, saiz, warna dan rasa. Rasanya pula ada yang manis, berlemak, padat, pedas dan berbau wangi.

 

Kebanyakan kuih-muih tempatan dikukus, dibakar dan dipanggang yang diperbuat daripada bahan tempatan seperti tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung, gula Melaka, tepung gandum dan perwarna semula jadi seperti bunga telang.

1. Karipap

Karipap atau nama lainnya kuih epok-epok ada dua jenis:

Curry puff (karipap pusing)

kenali kuih tradisional

Sumber: Sam Tam

Karipap biasa

kenali kuih tradisional

Sumber: Saja Heboh

Manakala kebiasaannya inti kentang atau sardin tetapi ada juga yang berintikan mihun.

2. Kuih talam

kenali kuih tradisional

Sumber: Blogopsi

Kuih talam paling biasa ditemui di mana-mana tempat sama ada di gerai kuih, majlis perkahwinan dan juga jamuan. Lapisan atasnya yang berwarna putih diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung ubi dan santan serta lapisan bawah berwarna hijau. Diberi nama kuih talam kerana secara tradisionalnya dikukus dalam talam iaitu dulang sebelum dipotong kecil sebesar saiz gigitan.

Kini pelbagai variasi kuih talam dihasilkan seperti talam cendol, talam tokyo, talam berlauk, talam mentega kacang dan banyak lagi.

3. Seri muka

kenali kuih tradisional

Sumber: Blogopsi

Seri muka kelihatan sama dengan kuih talam dari segi bentuk tetapi sebenarnya berbeza dari segi tesktur. Biasanya kita akan menjumpai kuih ini dalam versi hijau dan putih.

Lapisan atasnya kadang-kadang disediakan menggunakan bahan yang sama seperti kuih talam dan berwarna hijau kerana pada masa dahulu daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati manakala lapisan bawah pula diperbuat daripada beras pulut.

4. Kuih buah rotan

kenali kuih tradisional

Sumber: Wikipedia

Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur. Kemudian dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng.

Kuih ini popular di negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia. Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom/bijan.

5. Kuih lapis

kenali kuih tradisional

Sumber: Hungrygowhere

Kuih lapis atau nama lainnya kuih kau chan; kuih sembilan lapisan dalam bahasa Hokkien sering digemari kanak-kanak kerana warnanya yang berjalur seperti bendera Malaysia. Ia diperbuat daripada tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, santan dan gula.

6. Peneram/ Denderam/ Telinga keling

kenali kuih tradisional

Sumber: Azlina

Selain nama peneram, juga dikenali sebagai denderam atau kuih telinga keling. Pembuatan kuih ini mudah dan murah membuatkannya sering dijual di mana-mana tempat terutama di pasar malam dan kedai kerepek.

7. Rempah udang/ Pulut panggang/ Pulut lepa

kenali kuih tradisional

Sumber: Restoran Seri Kiningau

Rempah udang merupakan kuih tradisional Peranakan yang diperbuat daripada beras pulut dan pes inti udang kering/isi ikan yang dibalut dengan daun pandan atau daun pisang. Rempah udang berasal daripada nyonya, manakala nama pulut panggang sinonim dengan Melayu dan pulut lepa lebih dikenali di negeri pantai timur.

Kredit artikel: Blog Makan Lena

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]