TIP PEMILIHAN KEMEJA BERDASARKAN LIPATAN DI BELAKANG BAJU




 

Kemeja semestinya sudah sinonim dengan kaum lelaki, di mana kemeja dipakai tidak kiralah sewaktu berada di dalam pejabat mahupun ketika santai. Namun tidak semua kemeja rekaannya sama. Yang pasti, setiap kemeja punya lipatan di belakang baju bagi kegunaan serta mengikut pola bentuk badan anda. Baru tahu? Oleh itu, GL merungkai setiap lipatan agar anda dapat memilih kemeja yang benar-benar sesuai dengan anda.

1. LIPATAN TENGAH ATAU CENTRE BOX PLEAT  

Kemeja yang kurang formal, kotak pleat berbentuk segi empat tepat yang sejajar hingga ke pertengahan belakang kemeja. Kemeja yang memiliki lipatan tengah atau centre box pleat di bahagian belakang baju amat sesuai dipakai oleh lelaki yang memerlukan ruangan yang lebih di bahagian abdomen khususnya. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Namun, agak kurang sesuai buat mereka yang kurus kerana ia kelihatan tidak kemas terutama sekali di bahagian belakang.

2. LIPATAN TEPI KIRI DAN KANAN ATAU SIDE PLEAT

Kotak pleat ini tampak lebih kemas. Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya direka khas buat lelaki yang memerlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.

3. TIADA LIPATAN ATAU PLEATLESS

Rekaan stail yang paling kemas malah sangan senang untuk diseterika. Kemeja ini tidak mempunyai  sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain.

TIP PEMAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN

Yang pasti ketiga-tiga kemeja ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sekiranya anda ingin pergi ke majlis formal, pemakaian side pleat cukup sesuai. Untuk pemakaian kasual atau ke pejabat, box pleat dilihat memadai dan sangat kena. Namun, apa yang paling penting, kemeja sepatutnya menghasilkan keselesaan, tersarung elok di badan dan tidak mengekang pergerakan anda.

 

Kredit artikel: Blog Glam Lelaki

 


KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]