Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Buat Kek & Biskut?


Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Buat Kek & Biskut?

Salam Semua ...

Hari ni nak berkongsi information pasal lemak, lemak yang sedap :p Kepada penggemar dessert macam BW ni kena la ambil kira kandungan lemak bahan-bahan yang digunakan untuk baking kan :)

Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin mana yang korang akan pilih?
 




1. Minyak Jagung

Pilihan pertama BW untuk baking adalah minyak jagung. Dua sebab dia jadi pilihan utama, sebab pertama ianya healthy. Sebab kedua, harganya yang affordable :) Minyak jagung paling sedap untuk dibuat kek & biskut brand Daisy. Tapi minyak jagung kalau buat masak atau goreng-goreng kurang sedap yer.

"Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung. Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi, lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit. Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung"
 


2. Butter

Butter ni memang rasa dia sangat sedap. Dihasilkan dari susu, dalam bahasa melayu di panggil mentega / lepa susu. Butter ni pun healthy choices compare dengan marjerin. Tapi still kategori lemak la, so jangan terlebih ambil yer. Harga butter agak mahal. Kalau setakat nak buat crust bawah cheese cake ataupun makan dengan roti boleh la. Ni kalau asyik buat kek ke biskut ke guna butter memang pokai la :p

"Butter mengandungi vitamin A, D, E & K (vitamin larut lemak). Ianya tidak mengandungi lemak trans. Tetapi butter mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang tinggi kerana ianya produk berasaskan haiwan. Perlu diingat pengambilan lemak tepu berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung"
 


3. Campuran Butter & Marjerin

Yang BW tau Buttercup la. Ramai yang claim Buttercup ni butter, dulu BW ingat macam tu. Tapi sebenarnya Buttercup ni adalah sejenis marjerin yang dicampur dengan lepa susu. Tapi BW guna juga ni bila time buat biskut raya, sebab ianya akan jadikan biskut sedap dan wangi :p Walaupun dah tahu ianya campuran marjerin, tapi still guna juga sebab dah terbiasa dari dulu buat biskut guna Buttercup.  So, kepada semua peniaga, lepas ni, jangan la claim kek / cookies korang tu 100% butter kalau setakat guna Buttercup. Buttercup tu bukan 100% butter ok!
 


4. Marjerin.

Kat Malaysia, kebanyakan marjerin dibuat dari minyak kelapa sawit. Memang tak healthy. Walaupun harga nya sangat murah, BW memang tak guna la sebab ada lemak trans. 

"Marjerin ni diperbuat dari minyak sayuran yang diekstrak secara kimia / dihidrogenkan. Tiada vitamin larut ditemui dalam marjerin. Marjerin mengandungi lemak trans. Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu dan ianya memberi kesan buruk terhadap kesihatan jantung. Walaupun kandungan kolesterol dan lemak tepu dalam marjerin rendah kerana ianya produk berasakan tumbuhan, tetapi ianya mengandungi nikel dan toksid kimia yang boleh memudaratkan buah pinggang dan boleh mengakibatkan penyakit kanser paru-paru"

 

Kredit artikel: Blog Buat wanita

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]