Jenis-jenis limau




Limau mempunyai banyak jenis, tempatan mahupun luar negara. Limau atau citrus ini banyak kegunaannya bergantung kepada jenis limau. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari sepuluh jenis limau samada yang boleh dimakan ataupun hanya dibuat sebagai hiasan atau untuk tujuan perubatan. 

LIMAU NIPIS (Citrus aurantifolia)

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Famili:Rutaceae
Genus:  Citrus
Spesies: Citrus aurantifolia


 


Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.

Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.

Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.

Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.

Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

Limau nipis juga banyak digunakan dalam perubatan mistik.


 

LIMAU KASTURI ( Citrus microcarpa)

   

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelahsakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.




LIMAU PURUT (Citrus hystrix)

 

 

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut,

Khasiat Limau Purut

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman. Khasiat Limau Purut yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti antikanser atau pencegah kanserCitrus hystrixLimau purutmelancarkan sistem pernafasanmenghilangkan bau badanmerawat resdung.

Limau ini juga sering digunakan dalam ilmu perawatan mistik.

 

 

LIMAU KERAT LINTANG ( Citrus medica)

 

 

 

Juga dikenali sebagai asam kiya di Kelantan. Limau ini diperahkan dalam masakan terutama kerabu dan juga diperah dalam budu. Limau ini juga dikatakan mampu merawat penyakit mistik dan mempunyai khasiat yang banyak. Baunya yang sungguh harum dan agak lain dari bau limau yang lain telah membuatkan limau ini terkenal di kalangan penduduk Kelantan.

 

Limau ini dikenali sebagai limau sundai yang digunakan dalam perawatan mistik.


 

LIMAU LELANG GUNUNG

 

 

Limau Lelang Gunong ini sangat berkhasiat untuk ubat kanser dan Pengasih. Dan untuk kanser ada ramuan lain yang mesti di campor dengan limau ini. Limau ini hanya ada sebatang saja di Puncak Gunong. Di seluroh bahagian Limau ini. Samada daun,batang,dahan,duri,bunga,akar dan paling berkhasiat buah nya !!!.Tapi semua bahagian pokok ini bolih guna kan.Memang ada perbezaan ;

 

Limau Lelang biasa tiada nilai Pengaseh. Dan buah nya kecil sedikit !!!.Biasa nya Pokok Limau Lelang Gunong ini tumboh di gunong….




 

LIMAU LELANG LAUT (Merope angulata)

 

   

 

 

Limau ini juga dikenali sebagai limau paya kerana limau ini hanya terdapat di kawasan paya. Pokok limau ini mudah tumbuh di kawasan paya tetapi sukar sekali ditemui. Ini kerana limau ini dikatakan hanya tumbuh di perkampungan bunian sahaja. Ianya digunakan dalam perubatan mistik. Seperti limau lelang gunung, limau lelang laut ini juga digunakan sebagai ubat pengasih.



 

LIMAU BERI (LIMEBERRY)



    
Limau yang diberi jolokan limau beri ini selalu digunakan untuk mencantikkan kuku.




 


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]