12 CARA NAK ELAK MAKANAN CEPAT BASI!


1. Elak Guna Timun atau Tomato.

Elak menggunakan sayur yang cepat berair seperti timun dan tomato.  Anda perasan tak kenapa sesetengah peniaga sekarang membuang biji tomata yang lembik-lembik tu? Ia bagi mengelakkan makanan cepat berair dan basi.

2. Masak sehingga mendidih atau dalam tempoh yang lama.

Masukkan bahan yang lembut dan empuk ketika memasak.

3. Apabila masakan siap dimasak, angkat dan jauhkan daripada bahang api.

4. Jangan biarkan hidangan tersimpan dalam periuk atau kuali.

5.Guna senduk yang kering ketika menceduk makanan.

6. Jangan guna sudu basah atau tangan.

Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah untuk mengelakkan pencemaran.

7. Jangan masukkan makan yang sudah disenduk ke dalam periuk semula.

 

8.Sebelum dimasukkan ke dalam bekas makanan ditutup, pastikan ia benar-benar sejuk

9. Guna Asam Keping

Kebiasaannya, makanan yang mengandungi santan mudah basi. Bagi mengelakkan masakan berkuah basi, masukkan 1 atau 2 asam keping ke dalam maskan apabila hampir selesai.

9. Perah Limau.

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis kedalam 2-3 pot beras yang telah disukat dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ditambah dengan perahan ini. Malah ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama.

10. Hilangkan wap nasi selepas di masak.

Jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’. Kais-kaiskan sedikit nasi supaya masak rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Ini menjadikan nasi tidak terlalu lembab. Sebelum menutup nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ini akan menjadikan nasi tahan lama, bertekstur lembut dan berderai elok. Seperkara lagi pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

11. Guna Garam.

Masukkan secubit garam. ini menjadikan nasi tahan lama, sedap dan kenyal

12. Pastikan Garing dan Pecah Minyak

Semasa menumis, PASTIKAN bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda mcm ni, barulah masukkan ayam atau daging. Ia akan menjadikan rendang tahan lama dan lebih sedap.

Kredit artikel: Blog Knowit

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]