KELENGKAPAN ASAS DALAM MENJAHIT


  1. Pencil / pen dan kertas

pixabay.com

 

Siapa taktahu pencil/ pen angkat tangan? Meh kakak pintal telinga tu.

Okay, mesti semua sedia tahu. Pencil ini adalah penting dalam membuat lakaran produk yang anda ingin hasilkan. Bukan hanya untuk lakaran sahaja, malah digunakan sebgai alatan untuk membuat pola jahitan. Dah ada pencil mesti kena ada kertas juga betul tak, kalak tidak nak lukis atas apa kan..kertas apa perlu digunakan? Sebagai contoh boleh menggunakan kertas minyak atau apa sahaja jenis kertas bersesuaian, malah surat khabar juga boleh dijadikan pola taw! Pola jahitan ini dihasilkan adalah untuk memudahkan anda memotong kain yang ingin dihasilkan produk mengikut saiz yang anda inginkan.

 

  1. Alat ukur

id.aliexpress.com

 

happifyme.blogspot.my 

 

Alat ukur disini dapat dimaksudkan dengan alatan yang digunakan untuk mengukur terdiri dari pembaris dan juga pita ukur( tali tape). Nak buat garisan lurus tidak dapat dihasilkan dengan hanya melakar menggunakan free hands, tetapi dapat dihasilkan garis lurus dengan pembaris agar hasilnya kemudian dapat dilihat dengan kemas. Jenis pembaris yang kini ada di pasaran juga adalah pelbagai khas untuk membuat pola jahitan. Tetapi haruslah diingatkan bahawa jenis pembaris tidak memainkan peranan yang besar, ini kerana walaupun hanya menggunakan pembaris lurus biasa anda masih tetap boleh berkarya.Selain itu, pita ukur adalah untuk memudahkan membuat ukuran pada badan sesuatu product ataupun seseorang.

 

  1. Alat pemotong

slideshare.net

 

Gunting kain, gunting kertas, gunting benang, gunting kecil, pendedel, gunting bergerigi dan rotary cutter adalah jenis2 alat pemotong yang digunakan dalam bidang jahitan.

Antara tips yang dapat dititikberatkan dalam alat pemotong ini ia, jangan sesekali anda menggunakan satu gunting untuk pelbagai fungsi. Maksudnya disini ialah, sekiranya ianya adalah gunting kain, gunakanlah hanya untuk menggunting kain dan jangan gunakan untuk potong kertas, plastic atau sebagainya. Ini adalah kerana ,ia akan membuatkan gunting itu cepat rosak dan mudah tumpul. Gunting akan dapat tahan lebih lama sekiranya ia digunakan untuk satu fungsi sahaja. Haa tak percaya, jom cuba buat!

 

  1. Penanda kain

yusnur-feelfree.blogspot.my

 

Penanda kain merupakan alat untuk mebuat atau menanda pada atas permukaan kain. Cara menggunakannya adalah membuat lakaran atau tanda pada kain dengan tidak terlalu pekat/tebal asalkan anda dapat lihat tandaan itu sudah mencukupi. Ini kerana tandaan yang tidak tebal akan memudahkan ianya tanggal dan hilang pada permukaan kain kelak tetapi jangan risau kerana apabila terkena air atau dicuci ia akan hilang.

Terdapat pelbagai jenis penanda kain antaranya seperti kapur jahit, pensel kapur dan lain lain.

 

  1. Benang jahit

sewingstudioazuin

 

Nak menjahit tapi tiada benang, ish mana boleh jadi! Benang adalah alatan penting dalam menjahit. Ia adalah kerana untuk menghasilkan penyatuan antara kain dengan kain yang lain, benang diperlukan.

Pemilihan benang yang kuat dan tidak mudah putus merupakan proses penting dalam mendapatkan hasil jahitan yang baik.

 

  1. Mesin jahit

zahabuddinzakaria

 

Bukan hanya benang penting pada tukang jahit, mesin jahit juga adalah antara peralatan yang perlu ada untuk tukang jahit. Mesin inilah yang akan menjadi peneman setia dan kawan baik anda. Terdapat pelbagai jenis mesin jahit, ada mesin jahit tepian terdapat juga mesin jahit standard.

 

Di antara tips yang boleh digunakan sebelum membeli mesin jahit ialah:

  1. Mengenal pasti jenis mesin yang terbaik yang boleh anda gunakan menepati budget anda.
  2. Beli mesin jahit di penjual rasmi kerana lebih mudah untuk mendapatkan segala informasi tentang mesin yang akan anda beli. Serta aka nada waranti untuk mesin tersebut.
  3. Sebelum membeli, cuba/test mesin tersebut. Cuba setiap jenis jahitan. Antaranya,jahitan lurus, zig zag, dan jenis jahitan lain.

Setiap mesin mempunyai kebolehan dan spesifikasinya yang tersendiri. Adalah lebih baik jika anda mencubanya supaya apabila sudah beli tidak akan menyesal. Tidak apa sekiranya anda cerewat dalam memilih mesin jahit, kerana mesin ini akan menjadi kawan baik anda nanti.

 

  1. Jarum

tehnikmemperbaiki.blogspot.my

 

tokopedia.com

 

Terdapat pelbagai jenis jarum yang boleh dijumpai. Tetapi antara jarum yang paling kerap sekali digunakan adalah jarum khusus untuk mesin jahit iaitu,nombor jarum dengan kod 9-14. Selain itu jarum tangan, yakni jarum yang kita gunakan dengan cara manual menggunakan tangan untuk menghasilkan jahitan. Seterusnya, jarum peniti, jarum peniti biasanya digunakan pada  kain yang berlapis bagi membantu kain tidak bergerak dan memudahkan kita untuk menjahit.

 

Okay, ini adalah sedikit sebanyak perkara dan peralatan asas yang diperlukan dalam proses jahitan. Asas sahaja taw. Terdapat pelbagai lagi kaedah dan peralatan yang digunakan dalam bidang jahitan dan jahitan ini, adalah sebuah pekerjaan yang cukup luas. Kebanyakan individu sekarang menjadikan jahit sebagai pendapatan sampingan mereka malah terdapat juga menjadikan ia pekerjaan sepenuh masa disebabkan lambakan permintaan di pasaran lebih lebih lagi kita menggunakan produk dihasilkan dalam jahitan untuk kehidupan seharian iaitu, sebagai pakaian dan kelengkapan lain. Jahitan merupakan bidang yang sangat tinggi dan sekiranya berjaya, ianya akan memberikan pulangan yang hebat. Insyallah kepada anda yang baru bergiat dalam jahitan, teruska usaha dan mengumpul pengalaman insyallah rezeki milik anda. Sekian sahaja untuk perkongsian pad ruangan kali ini.  Till then, take care!

Kredit: blog MyBaju

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]