Persediaan untuk belajar mengait




Membeli benang kait

Jika pertama kali hendak belajar mengait kelengkapan yang pertama ialah pemilihan benang kait dan jarum kait. Alatan ini boleh didapati di kedai menjual alatan menjahit atau di kedai yang kebiasaannya turut menjual peralatan menjahit yang lain, peralatan untuk perkahwinan dan juga bunga-bungan plastik.

 

Entri kali ini, saya ingin membincangkan pemilihan benang kait. Benang kait yang dijual adalah mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga jenama yang berbeza serta yang bersesuaian dengan produk yang hendak dihasilkan. Ada yang saiz benangnya kecil, ada yang sederhana saiznya dan ada juga yang besar saiznya. Setiap warna benang kait diwakili dengan nombor walaupun jenama yang berbeza. Jika pembaca ingin membeli benang hanya perlu mengingati nombornya sahaja dan tidak perlu membawa contoh benangnya. 

 

Pada masa kini, kita boleh membeli benang kait secara online sepertibenangkait.comice yarns dan banyak lagi.

 

Antara jenama benang kait yang biasa saya guna masa dulu-dulu ialah Nona, Minlon, Sakura dan Kucing yang masih ada dijual lagi di mana-mana kedai alat menjahit. Malah pelbagai jenama benang turut dijual dari serata pelusuk negara seperti Turki, Itali, Eropah dan lain-lain lagi.

 

 

Antara benang yang biasa saya gunakan...benang dari jenama Malaysia ni
warna benang diwakili dengan nombor

Contoh benang kait berwarna merah hati seperti di atas adalah bernombor 68, kuning cair bernombor 65 dan coklat pula bernombor 71. Jika ingin membeli benang yang sama, tidak perlu membawa contoh benangnya anda hanya perlu mencari benang yang sama warnanya dengan hanya menggunakan nombornya sahaja. Walaupun berlainan jenama, warna kodnya tetap sama.

 

 

Selamat membeli benang kait.....



Langkah yang kedua dalam permulaan mengait ialah memilih jarum kait yang bersesuaian. Sebenarnya jarum kait dikategorikan dengan saiz bernombor. Contoh di bawah adalah koleksi jarum kait yang saya ada. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk yang direka atas keselesaan kita.

Jadual di bawah menunjukkan saiz jarum dalam mm yang ada dijual.

Saiz dalam Millimeter

.75 mm
.85 mm
1.0 mm
1.1 mm
1.3 mm
1.4 mm
1.5 mm
1.65 mm
1.8 mm
1.9 mm
2.0 mm
2.1 mm
2.25 mm
2.75 mm
3.25 mm
3.5 mm



Jarum kait jenis besi seperti gamabr di bawah adalah jarum yang biasa saya guna masa mula-mula belajar mengait kerana jarum ini mudah didapati di mana-mana kedai yang  menjual peralatan menjahit dan juga ianya murah.

 

Jarum jenis besi - boleh didapati dengan mudah dan murah di kedai yang menjual alatan menjahit iaitu sebatang berharga dalam RM0.50 - RM0.70


Jika mahu yang lebih selesa seperti pemegangnya bersalut plastik atau yang lembut, biasanya perlu dibeli dari negara seperti Jepun dan lain-lain lagi yang popular dengan bidang mengait ini dan mungkin ada juga dijual di mana-mana kedai yang ada stok jarum jenis ini.

 

Jarum kait jenis ini selesa diguna kerana pemegangnya diperbuat dari pelapik lembut dan mahal sedikit dari jenis jarum aluminium. Jarum jenis ini saya beli semasa berada di Sandakan, anggaran harga sebatang RM23.00.

 Ada juga jarum kait yang diperbuat daripada buluh (bamboo) turut dijual. Untuk melihat jenis-jenis jarum kait, boleh cuba melihat di laman web www.benangkait.com.

 

Kredit artikel: Blog Mari belajar mengait


KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]