Perbezaan Baking powder dan Soda Bikarbonat


Perasan tak dekat resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat.

 

Kalau tak perasan tu maknanya tak pernah buat kek lah..heheh

Kerana benda alah ni jugaklah kek yang dibuat dengan harapan menggebu gebas menjadi mampat-semampatnya.

Lalu hancur luluhlah perasaan pembuat kek tersebut.

Akulah tu...huhu.

Selalu sangat tertukar dua benda ni. Sebab tu kek tak jadi (alasan).

Lalu aku bertekad untuk mengenali dua benda alah ni dengan harapan kek yang bakal aku buat nanti menjadi.

Ayuhlah...

 

Baking Powder (Serbuk Penaik)

 

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.

 

 

Soda Bikarbonate

 

Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

 

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasidseperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih 

 

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Hohoo...maknanya kalau nak buat kek gula hangus kena letak soda bikarbonatla yek..
Patutlaaaa kek aku boleh buat main baling2 giteww...hahahaa.

Kredit: Blog Qasehuteq

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]