JANJI YANG DINANTI

@wien | 18-07-2019

 

WANITA BERPEGANG KUAT PADA JANJI

Kadang-kadang kita berjanji untuk senangkan kerja kita tanpa memikirkan orang yang kita memberi janji. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita janji itu perkara kecil jika kita tidak penuhinya. Tetapi, sedarlah bahawa berjanji itu amat besar kesannya jika tidak ditunaikan. Bak kata pepatah, lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia suka berjanji, namun susah untuk mengotakan janji. Biasanya kaum lelaki suka menabur janji dan akhirnya mereka mungkiri. Wanita pula jarang menabur janji, mereka hanya menerima dan menaruh harapan terhadap janji-janji yang diberi, akhirnya janji itu dimungkiri.

Selalunya, seseorang yang berjanji dan akhirnya dia sendiri memungkiri janji itu pasti tidak akan dipercayai lagi. Selalunya, apabila salah seorang pasangan yang berjanji sekali gus membuatkan seseorang berharap kepadanya, tetapi tidak pula menepatinya… Sakitnya di hati memang tak terperi.

Tidak dinafikan ada juga lelaki yang mengotakan janji mereka, namun bukan semua sanggup menepati janji. Selalunya janji ditabur ketika mula berkenalan, apabila sudah dapat menangi hati pasangan, mula lupa akan janji dan akhirnya janji tinggal janji.

Wanita pula sifatnya sangat menepati janji dan suka mengharap. Jika janji tidak ditunaikan, pasti sesuatu yang ‘buruk’ bakal berlaku. Oleh itu, jangan sesekali berjanji jika anda tidak boleh tepati janji itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)

Tidak menepati janji juga boleh mengundang keretakan pada sesebuah perhubungan. Namun, perbuatan menipu itu sememangnya berdosa. Berjanji berserta ucapan Insya-ALLAH adalah memberi harapan. ALLAH SWT sendiri pernah berjanji. Janji memberi galakan dan ganjaran kepada hamba-NYA. Oleh itu, perkataan janji ini sangat bernilai dan jangan disalah gunakan.

Hargai pasangan anda selagi mereka masih cinta. Ketahuilah bahawa jika wanita mula tawar hati dia tak mungkin berpaling lagi.

Kredit: Bukanaku

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]