TIP DALAM MEMBUAT UKURAN GETAH PINGGANG




Lamanya x berkongsi ilmu since i last wrote here... teringat nak berkongsi ttg getah pinggang.

Tahukah anda bila buat getah pinggang sepenuhnya berapa nak ditolak? 2 inci? 3 inci? Ketahuilah sedara, x semestinya 2,3 inci. Ada jugak org berpinggang ‘ramping’ 40 inci boleh pakai getah 30 inci shj.... utk pinggang separa getah pun kena tolak jugak lebih byk drp biasa.

Lagi besar pinggang seseorang, lagi byk kena tolak incinya, x semestinya 2,3 inci. jadik, x tertakluk terma & syarat... heehehe. Kadang2 apa yg kita belajar di kelas x sama spt kita di alam jahitan, kena byk melalui proses pengalaman. Sbb tu kalau kena komplen, dont feel down... it’s part of learning! Terima dgn redha sbb ada pelajaran di situ.

Untuk org bertubuh kecil, mmg dewasa tolak inci utk getah hanya 2,3 inci. Tp bermula drp pinggang ramping 32 & ke atas, tolakan inci dah mula besar. Kena tolak dr 4-15 inci. Xde specific kiraan, sbb sy mmg biasa main tolakkkk jer berapa inci sy suka. Lepas tu tgk feedbacks dr customers... so far tolakan sukati ku itu x tersasar.... alhamdulillah.

Utk separa getah pulak tolakan x sebesar inci getah tadi tu. kalau pinggang 40, sy buat 35 inci. Begitulah... kalau kecik bawah 32 mmg sy ikut jer. Cara sy buat getah pinggang.

Pinggang bhg 4 jer, meaning getah 2 bhgn, getah 2 bhgn.

Kalau pinggang 30, getah 7.5, 7.5; balkrum 7.5, 7.5. Senang keroje! X payah nak +-<> bagai...

Pelikkan, mana pi lebihan inci yg lain? Sy pun x tau... padahal ukur dah betul, bila buat customer pakai, longgar yakmat.

Itulah pernah kata dulu, belajar melalui pengalaman byk mengajar... ilmu yg sgt berharga, x terdpt dlm mana2 kelas.

Mmg menjahit ni x susah mana....

Salam israk mikraj!
 

Kredit: facebook rozilawati abdullah


KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]