PANDUAN RINGKAS UNTUK YANG MEMBELI BAJU SIAP


Org suka pertikaikan harga tukang jahit nih.. Org tu mahal sgtlah, org ni terlampau murah... Kalau nak ikut semua benda dlm dunia ni org pertikaikan... Kenapa bini cantik laki muka terbelah 8, kenapa dia gaji byk aku x banyak? Kenapa hidup dia bahagia aku derita? Why? Why?

Ada org boleh pakai merc, range rover, BMW.. ada jugak yg pkai myvi, axia, kanc. Begitu juga jugak tukang jahit... Sapa yg mampu silakanlah hantar pada the vavavoom punya harga.. Yang rasa berkira sgt - dahorgsuruhbelajarjahittpxnak - hantarlah pada yg murah... nak murah jugak lg, tgklah pada quality jahitannya pulak. Puas hati x? Jgn ingat poket kita sama dgn poket org.

Sbnrnya nak kongsi tips pasal beli baju siap. Setiap org kena tau saiz masing2... Selalunya korang tgk ukuran apa? Terkejut sy kebanyakan org tengok pada bahu. Salah tu sayang2 sekalian...

TENGOK DADA... i mean ukuran dada.. (kang lain pulak pikiran korang menerawang).

Ukuran dada ngam 38 
Korang kena amek ukuran +4
Maka ukuran sepatutnya saiz 42.
Ini utk org yg nak baju yg x ketat, x longgar. Just nice kata org.

Kalau nak ketat sikit, +2 inci. Jadik 40.

Walau bagaimanapun, kena tengok part punggong pulak. Org yg berpungkoq besaq kena perati ukuran yg berkelonggaran sama mcm kat dada. Kalau rasa kecik, toksah memandai nak beli... kang nyesal x sudah.

Seluar pun sama, campurkan ukuran punggung ngan 4 kalau nak longgar, + 2 kalau nak ketat sikit. Yg jenis stretchable boleh beli kecik sikit +1. Abaikan ukuran pinggang sbb pinggang boleh pakai tali pinggang @ bubuh getah kat belakang @ potong & adjust semula.

Kalau jenis kain cotton pulak, pls buy bigger (+5, 6), longer (+1).. yg 38 tadi jadik 43, 44. Kalau labuh baju biasa beli 38 belilah 39. Ha.. gitew... Biasanya kain cotton mengecut. Ramai merungut masa fitting kat kedai, ok. Bila dah dibasuh, dia buat magic lak. Baju tu mengecil & memendek.

 

Kredit: facebook rozilawati abdullah

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]