7 TANDA PASANGAN ANDA CEMBURU BUTA. NO 7 PALING BAHAYA!

[email protected] | 04-07-2019

7 Tanda Pasangan Anda Cemburu Buta.

Cemburu merupakan emosi dan biasanya merujuk pada fikiran negatif dan perasaan terancam, kurang percaya, takut, dan khuatir kehilangan sesuatu atau seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.

 

Sifat cemburu yang melampau boleh menyebabkan hubungan anda bersama pasangan terganggu. Inilah yang dikatakan ‘cemburu buta.’ Oleh itu, sifat cemburu ini tidak boleh dibiarkan dan ia perlu dirawat agar hubungan bersama pasangan sentiasa aman.

 

Di dalam sesebuah novel cinta terutamanya, elemen cemburu ini seolah-olah wajib ada sebagai penyedap cerita. Pasti akan wujud watak yang mempunyai sikap cemburu melampau ini. Watak-watak beginilah yang akan menimbulkan pelbagai konflik dalam hubungan persahabatan, kekeluargaan, kerjaya dan rumah tangga.

Ada juga orang kata, tak ada rasa cemburu maknanya tak cinta. Betul juga. Pelik pula kalau di hati tu sedikit pun tiada rasa cemburu. Tapi, cemburu tu biarlah kena pada tempat dan berpada-pada. Sebelum nak layan rasa cemburu itu... cuba selidik dulu kebenarannya supaya tidak  berburu-buru hingga merosakkan silaturahim.

Jom, kita semak diri, adakah kita mempunyai 7 tanda-tanda di bawah!

 

7 tanda pasangan anda cemburu buta! Nombor 7 paling bahaya.

  1. Sering mempersoalkan dan mengawal gerak-geri serta apa jua aktiviti pasangan.
  2. Menyelongkar barangan pasangan tanpa kebenaran.
  3. Menghalang pasangan daripada mempunyai hubungan sosial yang dirasakan mampu menggugat kebahagiaan. Contohnya, meluangkan masa dengan hobi atau rakan.
  4. Sering menyalahkan pasangan apabila tercetus pergaduhan atau timbulnya isu cemburu buta ini.
  5. Media sosial, WhatsApp dan telefon pintar pasangan dipantau serta diselongkar untuk mencari bahan bukti wujudnya ancaman terhadap hubungan mereka.
  6. Individu menafikan mereka mempunyai personaliti tidak rasional dan cemburu buta.
  7. Peringkat yang lebih serius iaitu timbul ancaman dan ugutan sama ada untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]