BILA ADA PES...10 MINIT SIAP!


Mak kalau boleh bila waktu masak semua nak cepat. 

Lagi cepat masak lagi senang keje mak.

Mak kalau boleh semua nak masak segera tapi sedap untuk keluarga yang dia sayang.

Kalau makan hasil air tangan mak anak-anak semua mesti akan sayang dan ingat kat mak.

Rahsia mak-mak masak sedap dan cepat adalah dengan menyediakan pes yang telah dimasak dan dimasak di dalam tempat sejuk beku. Pes ini boleh bertahan selama 3 bulan jika disimpan dengan betul. Cara simpana perlu betul agar pes yang dihasilkan lebih tahan lama dan tidak cepat rosak. Untuk memudahkan lagi untuk digunakan ketika untuk memasak, disarankan anda menyimpan pes di dalam bekas kecil supaya lebihan pes yang lain tidak cepat rosak.

Selain itu, gunakan bahan-bahan yang segar untuk membuat pes agar inay tahan lama dan seap jika digunakan. Pemilihan bahan-bahan yang segar akan membuatkan pes anda nampak lebih menyelerakan. Ketika memasak pes ini juga, gunakan minyak yang secukupnya agar pes ini di masak secukupnya. Jika pes yang dihasilkan tidak ditumis dengan betul ia akan menyebabkan pes cepat rosak dan tidak sedap.

Pes ini juga senang dibawa ke mana-mana. Jika anda yang kaki travel boleh bawa bersama untuk digunakan hidangan tambahan di negara luar. Contoh jika anda pergi melancong di negara Korea, makanan di sana semua jenis bersup dan tidak pedas. Boleh gunakan pes dan masak sendiri makanan yang memenuhi cita rasa masing-masing.

Sudah tentu ianya menjimatkan masa, cepat dan segera jika kita dah buat pes dan simpan. Tapi yang lebih penting khasiat di dalam pes yang kita hasilkan sendiri ini lebih berkhasiat dan selamat digunakan. Kita tidak perlu risau MSG yang terkandung di dalam setiap makanan yang kita masak. Kita boleh mengawal bahan-bahan perasa yang tidak diperlukan. Masakan lebih enak dan sihat. 

Anda mencari buku-buku yang bagus untuk teman rujukan boleh klik link dibawah untuk info selanjutnya

https://www.karangkrafmall.com/

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]