Tip Memilih Sayur-Sayuran Segar

Jie | 27-06-2019

Kubis - Pilih yang ringan. Bila dipotong, kelopak atau rongganya besar. Kubis jenis ini lebih manis.

Tomato - Pilih yang agak kehijauan kerana tomato begini lebih padat dan rasanya juga lebih sedap.

Sawi - Daun yang lebat tetapi batangnya kecil lebih sedap dan manis daripada yang berbatang besar, malah kadang-kadang pahit rasanya.

Timun - Pilih yang jenis lurus dan warna di bahagian pangkalnya tidak terlalu hijau. Jika banyak warna hijau tua, itu tandanya timun itu pahit.

Kentang - Permukaan kulitnya mulus. Tanda benjol-benjol yang ketara. Bentuknya bulat panjang sederhana. Warna kulitnya coklat muda sekata. Jangan ada warna kehijauan atau kebiruan kerana itu tandanya kentang masih muda. Pilih saiz yang sederhana besar.

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]