SULAMAN BERHIAS SILANG PANGKAH


Ilham kreatif yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk produk praktikal dan sesuai diguna pakai sering menjadi pilihan.

Seni jahitan silang pangkah atau ‘cross-stitch’ adalah sulaman berhias yang kembali popular hari ini.

Kreativiti yang kemas dan unik itu memperlihatkan kehalusan hasil kerja tangan dan kepakaran.

Selepas dibingkaikan, hasil jahitan silang pangkah memang menarik perhatian mata yang memandang.

Produk unik itu juga sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur, bilik belajar, alas meja atau sarung kusyen.

Malah, ada berminat menjadikannya cenderahati. Tentu ia menjadi kena­ngan paling indah apabila nama anda sendiri, rakan atau insan tersayang dijahit bersama corak menarik itu.

Perkembangan dunia silang pangkah turut meletakkan Nadia Creative antara nama yang popular.

Sempena HKK 2015, pelbagai corak silang pangkah diketengahkan dalam saiz atau reka bentuk.

Pengusahanya Anis Nadia Shamsinar berkata, corak flora dan fauna antara yang mendapat sambutan selain gambar pemandangan.

“Silang pangkah ini lebih kepada memenuhi pelbagai konsep dekorasi atau dijadikan cenderahati,” kata anak kelahiran Pahang itu.

Luangkan masa anda untuk mengunjungi gerai Nadia Creative di HKK 2015 (khemah J) atau layari Facebook Anis Nadia dan HOME ART & CRAFT atau e-mel [email protected]untuk sebarang keterangan lanjut.

Produk hiasan lain

Sumber alam seperti pokok kercut biasanya menjadi bahan utama yang dimanfaatkan pengusaha kraf tempatan.

Pokok kercut (Lepironia articulate) sejenis rumput air yang hidup subur di kawasan berpaya dan di tepi tasik.

Ia turut dikenali rumput purun dan suatu ketika dulu, daun kercut diproses dan dianyam menjadi tikar atau bakul.

Selain itu, ada pengusaha mengkormesialkan pokok kercut sebagai hiasan bunga kering.

Antara yang mengusahakan produk bunga kering daun kercut ialah Nazred Enterprise.

Seterusnya kombinasi warna tudung saji dan bekas pelbagai guna berasaskan daun serdang juga tidak kurang menariknya.

Dapatkan produk kraf unik di Tia Kraftangan de­ngan pilihan menarik sesuai untuk kegunaan harian atau perhiasan.

Bertemakan Eco-Kraf Pelaburan Kesejahteraan, ia antara usaha memartabatkan seni kraf tangan tempatan di mata dunia.

Bertempat di Kom­pleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay, HKK 2015 dijangka berakhir 7 April ini.

Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Layari www.kraftangan.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

 

Kredit artikel: harian metro online

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]