30 REKAAN BUSANA TRADISIONAL


TIDAK pernah menghampakan pelanggan setia dan peminat busana tradisional, Bahari Asyek sekali lagi tampil dengan pelbagai pilihan fesyen untuk koleksi Syawal 2016.

 

   Pelbagai rekaan baju dihasil menggunakan fabrik 'natural fibre' seperti kapas, voil, linen, rayon dan sutera.

 

   Menawarkan teras fesyen tradisional Melayu iaitu fesyen baju kurung tradisional; kurung Pahang dan Riau; kebaya pendek dan kurung moden, tahun ini Bahari Asyek buat julung kalinya menampilkan potongan 'Baju Kurung Archipelago' , selain kebaya labuh Che Siti Wan Kembang dan kurung Tun Teja yang sudah menjadi ikon rekaan Bahari Asyek.

 

    Pengarah Urusannya, Zahalina Ab Rahman, berkata bagi menyesuaikan rekaan dengan tema Syawal, pemilihan rekaan berteraskan kain kapas digunakan kerana kain berkenaan menyerap peluh.

Katanya, rekaan kali ini juga turut mengetengahkan aneka corak kain seperti 'printed cotton' dengan pelbagai jenis sulaman termasuk taburan manik dan warna pastel.

 

   "Pesak baju kurung dibesarkan, selain potongannya diubah untuk menampilkan kelainan dan pembaharuan.

 

   "Walaupun diubah suai, rekaan kali ini masih relevan dan tetap mengekalkan ciri warisan lama dengan potongan yang lebih longgar," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pelbagai corak

 

   Zahalina berkata, 30 rekaan Syawal pelbagai corak, potongan, warna dan sulaman busana fabrik eksklusif Bahari Asyek itu sedia dipilih.

 

   Katanya, untuk menjaga status eksklusif, hanya ada sepasang atau empat pasang busana dihasilkan menggunakan satu-satu jenis fabrik.

 

 "Selain dipakai pada Aidilfitri, semua rekaan sesuai dipakai ketika menghadiri majlis rasmi seperti perkahwinan, pertunangan, makan malam dan pakaian harian terutama selepas ia diberi nafas baharu," katanya ketika ditemui selepas memperkenalkan 30 rekaan Syawal busana Bahari Asyek di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.

 

Kredit artikel; Berita harian metro

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]