INSPIRASI TONY FERNANDES WUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG SIHAT


Ibu pejabat itu dinamakan RedQuarters atau RedQ. Bangunan setinggi enam tingkat itu menempatkan seramai 2000 daripada 20,000 kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai Allstars. Mempunyai keluasan 18,000 meter persegi, pejabat ini sebenarnya telah mula dibina pada Disember 2014.

Dekorasi ruang pejabat sangat santai tetapi tetap menjaga profesionalisme ini akan membuatkan anda kagum, rasa bersemangat mahu bekerja malah akan membuatkan anda mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

Ruang dan corak mempengaruhi falsafah perniagaan Tony. Segalanya dalam pelan terbuka atau bilik yang berdinding kaca. Satu daripada perkara paling awal yang dilakukan oleh  Tony adalah membuang semua partition pejabat. Beliau menganggap itu bukan masalah besar kerana masing-masing ada ruang kerja sendiri dan tidak terfikir mengenai bilik pejabat siapa paling besar atau paling kecil. Tiada siapa memiliki ofis.

 

Ruang santai yang selesai - sumber foto: FB Airasia

 

Lorong pejalan kaki yang pepenjuru, melintasi atrium yang luas dan tinggi. Ia memberi pengudaraan yang baik dan suasana cerah. Terdapat juga kawasan tempat duduk yang bebas dan kafetaria yang menawarkan tujuh makanan pelbagai seperti makanan segar, makanan siap di masak di dalam bangunan.

Ini adalah penekanan kepada makanan sihat. Fasiliti  yang ada di sini termasuk kedai, gimnasium, ATM dan stesen kopi. Mereka mempunyai doktor dan pasukan perubatan, terdapat juga ruang untuk pusat jagaan bayi dan kemudahan-kemudahan lain.

 

Pilihan makanan yang disediakan berkualiti dan pelbagai - sumber foto: FB Airasia

 

Terdapat pelbagai kemudahan di tempat kerja supaya Allstars boleh melakukan kerja mereka tanpa bersungut atau tanpa gangguan. RedQ mengawal keseluruhan tanggungjawab meliputi hal-hal berkaitan cukai kapalterbang, berlepas dan mendarat.

Ketika bangunan ini direka bentuk, Tony dan pasukannya mengambil cadangan staf secara serius supaya mereka boleh membangunkan suasana yang lebih efektif bagi memastikan mereka bekerja pada tahap yang terbaik. Salah satu yang paling menggembirakan beliau ketika beliau berjalan masuk ke RedQ pada waktu pagi ialah melihat dan mendengar mereka begitu seronok bekerja.

 

Ruang seperti wakaf untuk beristirahat atau berbincang

 

Dekorasi dinding bermotifkan destinasi penerbangan

Replika pesawat AirAsia diletakkan di suatu sudut

 

Selesa tidur di ruang tengah pejabat

Menerusi satu entri di akaun Instagram peribadinya, Tony memaklumkan bahawa beliau menggalakkan kakitangannya tidur pada waktu rehat makan tengah hari.

Tiada salahnya melelapkan mata barang seketika kerana ia boleh meningkatkan produktiviti, malah syarikat penerbangan itu menyediakan banyak tempat selesa untuk mereka yang mahu berehat dan tidur.

"Saya tidur selama 11 minit sekali atau dua kali sehari dan mendapati ia meningkatkan tenaga dan kecekapan," katanya, dipetik dalam portal fastcompany.com.

Kakitangan tidur seketika untuk merehatkan minda - sumber foto: IG tonyfernandes

 

Melalui buku beliau bertajuk TERBANG TINGGI, anda akan peroleh banyak cerita menarik sehingga membuatkan anda terasa ingin menjadi sebahagian daripada Allstars.

 

Staf Grup Buku Karangkraf berpeluang bekerjasama dengan beliau dalam pembikinan buku TERBANG TINGGI

 

Buku berkaitan

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]