MAK MENTUA TIBA-TIBA NAK DATANG RUMAH. KAU GELABAH TAHAP GABAN TAK TAHU NAK MASAK APA! KHAIRUL HAKIMIN SEDIA BANTU KAU.


MAK MENTUA TIBA-TIBA NAK DATANG RUMAH. KAU GELABAH TAHAP GABAN TAK TAHU NAK MASAK APA! KHAIRUL HAKIMIN SEDIA BANTU KAU.

Mak mentua nak datang beraya ke rumah tengah hari nanti. Kau dah gelabah satu rumah sebab tak buat apa-apa persediaan. Kebetulan ada ayam di dalam peti ais tapi kau tak tahu nak masak apa.

Khairul Hakimin, Bapa Viral Kebangsaan menerusi bukunya RESIPI VIRAL PALING AGUNG bantu kau masak paling senang. Nak-nak lagi bila mak mentua nak kau yang masak. Ni dia... Ayam Masak Sos Paling Agung.

__________________________________________________________________________________

Bahan-bahan:

1 ekor ayam. Potong 16 atau lebih kecil 
7 biji cili merah besar (kisar asing)
5 biji bawang besar India (kisar asing)
3 biji bawang putih (kisar asing)
2 biji bawang besar India
dihiris
1 batang serai. 
3 sudu besar serbuk kunyit 
7 sudu besar sos tomato 
7 sudu besar sos cili 
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

 

Cara membuat:

1. Basuh ayam bersih-bersih kemudian letak dalam bekas ungu. Kalau tak ada, kau bubuh dalam besen merah. Jika masih besar potongannya. Kau potong lagi kecil ya.

2. Gaul dengan serbuk kunyit. Tak payah garam. Masa gaul ini, kau buat-buatlah keluar sekejap dari dapur konon cari anak kau. Nanti mak mertua kau tengok tangan kau berlemoih dengan kuning kunyit dia mesti senyum dan cakap dalam hati, "untung anak aku dapat bini rajin masak." 

3. Maksud kisar asing itu ialah kau kisar asing-asing. Bawang, asing, bawang putih, asing, cili merah, asing. Kisar dengan minyak masak. Baru sedap. Oh ya, kau mesti tanya kenapa kali ini kisarnya asing-asing. Okeh, kalau masakan itu bersifat sos, kau asingkan supaya dia tak diganggu dengan bau maung bawang tersebut. Kasi masak dulu bawang baru kau boleh masukkan elemen cili. Faham?

4. Ayam tadi tu, kau goreng sampai masak. Dah masak, kau letak dalam pinggan. Hati-hati masa kau nak makan sorok-sorok tu. Kang malu mak mertua kau tegur kau makan berdiri, kau pun palinglah dan nyanyi sambil tunjuk ke laki kau yang makan ayam tu lagi banyak.

5. Kemudian, dalam kuali lain, kau bubuh sikit minyak masak ayam goreng tadi, buka api.

6. Kemudian kau tumis bawang besar yang dihiris.

7. Masukkan bawang besar yang dikisar dan bawang putih juga yang dikisar. Sampai baunya berlegar dalam rumah. Cewah.

8. Masukkan cili merah yang juga telah dikisar halus.

9. Bila sudah pecah minyak, kau bubuh garam dan gula. Gula itu fungsinya nak kasi manis, berlemak dan juga nak jadikan kuahnya ada rasa karamel. Barulah menjilat jari

10. Lepas itu, kau masukkan sos. Pastikan cili tadi dah pecah minyak dulu tahu. Kacau rata.

11. Masukkan serai yang telah diketuk.

12. Kemudian masukkan ayam. Masuk je semua gitu.

13. Gaul rata ayam itu kemudian tutup api.

14. Tadaaaa! Sedap woih! Selamat mencuba!

Nak lagi resipi yang best-best, kau cari dalam buku Khairul Hakimin bertajuk RESIPI VIRAL PALING AGUNG. Kalau kau masak sungguh-sungguh, bukan setakat mak mentua kau yang puji sedap. Bapa mentua, suami tercinta, adik-beradik dan saudara-mara kau yang lain pun kata sedap sehingga menjilat jari.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]