TIADA MASA BUAT SARAPAN SIHAT?


Usah beralasan. Belum cuba sudah cakap tiada masa. Tapi ada masa pula pergi makan di gerai siap makan nasi lemak sambal sotong siap nasi tambah.
.
Huhuhu.
.
Ini dia saya kongsikan resipi 'Wrap tampal bersama keju'


.
Bahan-bahannya:
1. 1 keping Wrap
2. 2 biji telur
3. 1 keping keju
4. 1 sudu kecil butter.
.
Sambil dukung anak pun boleh siap. Tak sampai 5 minit.
.
Cara-caranya:
1. Cairkan butter di atas periuk non stick
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan gaulkan bersama lada hitam.
3. Masukkan di periuk dan masukkan keju.
4. Terus letak wrap atas telur
5. Siap dan hidangkan bersama salad..
.
Sure sedap. Tak perlu letak sos.. bukan pure cili dan tomato pun sos tu. Tinggi gula.
.
Selamat mencuba
.

--
AIZAT RAZAK,
Lelaki yang suka masak makanan sihat
#dapurdietfit

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]