10 Eksperimen Sains Mudah Buat di Rumah Untuk Musim PKP COVID-19

Untuk PKP musim COVID-19 nih rasanya, ramai mak ayah yang mati kutu dengan anak-anak nak buat apa, sebab cuti panjang sangat. Cikgu-cikgu pun panik, bagi kerja online sampai kadang-kadang belajar dalam keadaan tertekan, sedangkan sepatutnya pembelajaran sepatutnya jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Laman utamaSTEM30 Eksperimen Sains Mudah Buat di Rumah Untuk Musim PKP COVID-19

30 Eksperimen Sains Mudah Buat di Rumah Untuk Musim PKP COVID-19

Cikgu HailmiAhad, Mac 29, 2020

Jadi saya kongsikan kat sini 10 aktiviti ataupun eksperimen sains yang mudah, dan boleh mak ayah laksanakan sendiri bersama anak-anak di rumah untuk cuti nih. Eksperimen ini semuanya menggunakan bahan-bahan yang inshaAllah ada kat rumah, kalau takdek pun sangat senang dicari. Dan yang paling penting, adalah eksperimen yang memang anak-anak kita ada belajar kat sekolah.

OK, jangan lupa juga SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi untuk lebih banyak video pembelajaran Sains yang menarik. Jom selamat mencuba!

Aktiviti 1 - Poster Tumbuhan
Minta anak-anak tangkap gambar tumbuhan yang ada di sekeliling rumah yang boleh dijadikan ubat tradisional. Tentu banyak kan. Lepas tangkap gambar mintak mereka edit guna fon dan tuliskan nama tumbuhan serta kegunaannya. Pastu share dalam group keluarga.

Aktiviti 2 - DIY Enzim Sampah
Sisa makanan kat rumah yang banyak-banyak sempena PKP nih jangan buang. Simpan sket untuk gunakan buat Enzim Sampah. Mudah saja. Dengan menggunakan nisbah 1 : 3 : 10, anda boleh bersama-sama siapkan enzim nih. Lepas 3 bulan dah boleh tuai. Yeay, dapat baja free akhirnya!

Aktiviti 3 - Faktor Pengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
Saat genting masa PKP, roti Gardenia susah nak dapat. Jangan risau, boleh je gantikan dengan lebih makanan yang sama. Pun akan dapat hasil yang sama nanti. Anak-anak boleh nampak bagaimana faktor macam kelembapan, cahaya dan lain-lain boleh pengaruhi pertumbuhan kulat. Euww..

Aktiviti 4 - Bina Model Mikroorganisma
Satu lagi cara nak paksa anak-anak belajar adalah dengan mintak mereka mencipta model. Secara tak langsung, anak kena juga study, buka buku, tengok Internet nak cari maklumat pasal model tersebut. Dicadangkan juga menggunakan bahan-bahan terpakai yang banyak kat rumah tu. Jadi tak perlu lah nak ke kedai buku beli yang lain-lain. Guna je apa yang ada.

Aktiviti 5 - Xilem Angkut Air
Ini pun aktiviti mudah nak tunjukkan bagaimana air diangkut oleh xilem dalam tumbuhan. Hanya guna batang saderi / sawi / tumbuhan hijau yang tak tebal dan pencelup saja. Kalau nak nampak hasil yang lebih baik, pencelup tu kasik pekat sket.

Aktiviti 6 - Wayang Kulit 
Aktiviti Sains Tingkatan 1 ini adalah bagi tajuk ciri-ciri cahaya. Jadi mintak anak buat wayang kulit, dengan menggunakan pelbagai jenis material. Nanti dia akan nampak bahawa permukaan legap akan menghasilkan bayang. Pilih lah kisah-kisah teladan yang ada di Malaysia dan juga di luar negara.

Aktiviti 7 - Jenis Darah
Aktiviti simulasi jenis darah ini pun gunakan bahan yang sangat mudah, iaitu pencelup merah, dan tepung je. Untuk bikar tu boleh gantikan dengan bekas-bekas yang sesuai, macam tin susu, botol mineral yang dipotong etc. Anak-anak akan belajar bahawa ada 4 jenis kumpulan darah, dan setiap jenis pun ada yang boleh bercampur (terima darah) dan ada yang tak boleh.

Aktiviti 8 - Solar Cooker
Aktiviti nih hanya gunakan kotak kasut dan aluminium foil. Mintak anak-anak lukis dulu supaya dia ada gambaran apa benda dia nak buat nih. Sebab target akhir adalah kita nak masak gunakan solar cooker yang dihasilkan. Dengan cuaca yang panas macam sekarang, saya rasa satu keluarga boleh makan telur yang digoreng guna solar cooker hasil buatan sendiri. Jom cuba!

Aktiviti 9 - Denyutan Nadi
Aktiviti mudah ini hanya memerlukan kemahiran anak-anak ambil denyutan nadi masa dia berehat, berjalan dan berlari. Lepas habis aktiviti boleh lah mintak anak-anak buat kesimpulan daripada catatan dia. Barulah sehat musim-musim PKP nih.

Aktiviti 10 - Fototropisme
Fototropisme adalah gerakbalas tumbuhan terhadap cahaya. Bagi eksperimen ini anda boleh gunakan kacang hijau dan bikar boleh digantikan dengan botol mineral yang dipotong. Letak di tempat yang ada cahaya, dan minta anak-anak buat pemerhatian pada biji kacang pada setiap hari sehingga seminggu.

Kredit: Cikgu Hailmi.com

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]