AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA PKP FASA 2

@wien | 02-04-2020

Hari ini kita sudah memasuki hari ke-2 fasa baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Cuba kita renung balik, apa yang sudah kila buat sepanjang PKP fasa 1? Jika banyak makan, tidur dan makan, tidur lagi... apa kata pada fasa ke-2 PKP ini kita buat aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat buat kita sekeluarga.

Ketua keluarga iaitu bapa harus memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Jika tiada penglibatan ibu dan ayah, perkara ini agak sukar dilakukan.

Jom, kita cuba sama-sama semoga kita beroleh ketenangan dan meningkatkan kesabaran

 

AKTIVITI IBADAH

  • Solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga
  • Tadarus al-Quran
  • Puasa sunat (Isnin dan Khamis)
  • 1 hari 1 hadis
  • Bercerita sejarah nabi (Israk Mikraj)
  • Menghafal al-Quran ayat-ayat lazim
  • Doa, zikir dan membaca al-Mathurat
  • Tazkirah di rumah
  • Azan di rumah

 

 

AKTIVITI ILMU

  • Membaca buku
  • Kelas tambahan di rumah
  • Semak prestasi sekolah anak
  • Menyiapkan assignment, proposal, tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh
  • Usrah di rumah (Halaqah Ilmu)
  • Ikuti kuliah ilmu di Youtube

 

AKTIVITI SANTAI

  • Sukan dalaman (indoor)
  • Senaman ringan
  • Mencuba pelbagai masakan baharu
  • Gotong-royong membersihkan rumah
  • Basuh kereta bersama
  • Bermain di halaman rumah
  • Lipat kain bersama-sama

 

AKTIVITI MUNAJAT

  • Banyakkan istighfar
  • Banyakkan solat sunat (solat hajat, solat tahajud, solat taubat, solat dhuha)
  • Muhasabah diri
  • Beriltizam menjadi muslim yang bertakwa
  • Menjauhi perbuatan maksiat
  • Nasihat-menasihati sesama Muslim
  • Semak sesuatu info sebelum sebar di media sosial
  • Banyakkan berdoa kepada Allah

 

Sumber: Kit Keluarga Produktif dari JAKIM

Gambar: Google

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]