Elak Pembaziran Makanan


Elak Pembaziran Makanan

Cuba bayangkan kesukaran saudara kita di negara miskin untuk mendapatkan makanan. Sedangkan kita mudah mendapat pelbagai jenis makanan pada setiap hari. Malahan ada yang melakukan pembaziran terhadap makanan yang tidak habis dimakan dengan cara membuangnya ke dalam tong sampah.
 

Elak Pembaziran Makanan
Elak Pembaziran Makanan
Sumber foto:generalpaper.wordpress.com

Lebihan makanan yang tidak habis dimakan usah terus dibuang. Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pembaziran makanan seperti berikut:

Elak pembaziran makanan dengan masak makanan ikut keperluan

Anggarkan berapa orang yang akan makan dan hanya masak mengikut keperluan. Elakkan masak berlebihan bagi mengelakkan pembaziran.

 

Elakkan pembaziran makanan dengan simpan dalam bekas yang berbeza

Jika anda terlebih masak, asingkan dalam beberapa bekas bertutup yang berbeza. Anda hanya perlu keluarkankan bekas makanan yang akan dimakan. Ini bagi mengelakkan makanan menjadi cepat basi kerana diusik.

 

Elak pembaziran makanan dengan simpan lebihan makanan

Makanan yang tidak habis dimakan usah terus dibuang dalam tong sampah. Asingkan makanan seperti lauk pauk dan masukkan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk. Anda hanya perlu panaskan makanan ini apabila hendak dimakan. Makanan seperti nasi pula boleh dipanaskan berulang kali dalam periuk nasi elektrik.

 

Elak pembaziran makanan dengan kitar semula makanan

Makanan yang tidak habis dimakan boleh dikitar semula dengan cara yang kreatif. Misalnya nasi putih boleh dikitar semula menjadi nasi goreng dengan hanya menambah sayur dan ayam.

 

Elak pembaziran makanan dengan jadikan sisa makanan sebagai baja kompos

Sisa makanan dan makanan basi boleh digunakan untuk membuat baja kompos. Kini anda jimat duit kerana tidak perlu membeli baja. 


Seharusnya kita bijak merancang kuantiti makanan yang akan dimasak bagi mengelakkan pembaziran.  Mulai hari ini, belajar membuat anggaran dengan tepat agar tiada lagi makanan dibuang dalam tong sampah.
 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]