PERBEZAAN TUDUNG ANTARA BAWAL DAN JUGA SHAWL


Assalamualaikum sahabat semua. Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segala nikmatNya.

 

Terlalu banyak pilihan jenis tudung bawal dan juga shawl di pasaran yang menjadi kekeliruan kepada anda yang mementingkan gaya dan pada masa yang sama juga menitikbertakan keselesaan dalam penggayaan.

 

Yang mana satukah yang menjadi pilihan anda? Bawal atau shawl? Pastinya anda mempunyai jawapan yang tersendiri dalam memilih antara bawal atau shawl. Jadi, apakah perbezaan antara tudung bawal dan juga shawl? Di sini akan dikongsikan beberapa perbezaan yang sering kali menjadi kekeliruan buat anda.

 

#1 Bentuk

Tudung bawal berbentuk segi empat sama atau berbucu bulat/full-moon. Manakala shawl pula berbentuk segi empat tempat atau separa bulat/half-moon.

 

#2 Ukuran

Terdapat beberapa ukuran untuk tudung bawal iaiatu bidang 45, 50 dan 60. Manakala ukuran shawl pula adalah pelbagai. Tetapi untuk keselesaan, shawl berukuran 2.0 m x 0.7 m.

 

Apa pun pilihan anda, pastikan tudung bawal atau shawl yang dipakai adalah sesuai dengan saiz badan.

 

#3 Material

Pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk tudung bawal dan juga shawl. Secara amnya, tudung bawal direka dari kain cotton manakala shawl dari kain chiffon. Tetapi sekarang anda boleh membeli tudung bawal atau shawl dari pelbagai jenis fabrik seperti satin, crepe, lycra dan sebagainya.

 

Pemilihan material bagi kedua-dua jenis tudung adalah sangat penting.

 

#4 Cara pemakaian

Tudung bawal dilipat dua menjadi tiga segi dan pin bawah dagu. Juntaian kain di hadapan boleh di pinkan atau sarungkan cincin di bahagian tersebut. Juntaian kain juga boleh di pin ke kiri dan kanan bahu.

 

Manakala shawl lebih cantic dan kemas sekirannya juntaian kain tersebut dililit kemas atau di selimpang ke kiri dan kanan bahu.

 

Anda boleh menggayakan tudung bawal dan juga shawl mengikut trend terkini seperti yang tutorial hijabist di social media. Yang penting keselesaaan dalam menggayakan tudung bawal atau shawl.

Diharapakan perbezaan tudung antara bawal dan juga shawl, dapat membantu anda dalam membuat pemlihan. Walau apa pun pilihan anda, yang penting niat untuk bertudung adalah sama iaitu menutup aurat kerana Allah.

Kredit: Tudung2u

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]