Petua-Petua Mengukus Kuih Talam.


Kuih tradisional seperti talam seri muka, talam ubi kayu dan seumpamanya sudah tentu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kuih yang lazat ini agak sukar dibuat sekiranya kita tidak mengetahui cara yang betul untuk mengukus.

Petua-Petua Mengukus Kuih Talam.

1- Saiz pengukus hendaklah bersesuaian dengan saiz loyang.

2- Air hendaklah diisi 3/4 penuh dalam periuk kukus. Air pula mestilah sudah mendidih sebelum memasukkan kuih.

3- Masalah yang kerap berlaku adalah apabila air telah kering tetapi kuih pula belum lagi masak. Jangan risau, isikan sahaja semula periuk dengan air panas.

4- Masa mengukus untuk setiap bahagian lebih kurang 25-30 minit.

5- Sejukkan kuih sekurang-kurangnya 3 jam.

6- Untuk mendapatkan saiz kuih yang lurus dan sama, potong kuih menggunakan pisau plastik dan pembaris.

7- Kuih yang telah masak hendaklah disejukkan atas redai besi atau bekas telur.

8- Jika anda ingin kuih cepat sejuk, rendam loyang kuih di dalam dulang berisi air.

9- Kuih talam yang sedap ini mampu bertahan selama 24 jam di luar dan lebih kurang 2 hari dalam peti sejuk.



Semoga petua-petua mengukus kuih talam ini membantu anda menghasilkan kuih talam yang sempurna dan sedap!

Kredit: Azwanhalik

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]