DAIRI SEORANG ISTERI SEMASA PROSES KUARANTIN


#perintahkawalanpergerakan.

Hari ni tiada pilihan, terpaksa minta tolong suami ke pasar beli barang basah dan beberapa barang keperluan yang lain. 1st day keluar sejak restriction movement order dikuatkuasakan. Senarai barang dah diberi memandangkan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar rumah.

Balik je rumah terus semak apa yang dibeli sementara suami membersihkan diri.

Errkkk...

- Dalam senarai suruh beli butter, dia beli peanut butter. πŸ˜­πŸ˜‚ Bila ditanya siapa suruh beli ni, awakla suruh beli. Tu butter la. Arrrghhh!

- Suruh beli ikan (tak kisah apa jenis pun), balik dia bawak balik ikan kembung 3 ekor je. πŸ˜©πŸ˜©πŸ˜©πŸ˜–πŸ˜– Masa ni dah tak tau nak bebel tak puas hati ke nak guling atas lantai.

- Katanya ada beli sotong. Cari punya cari sampai sudah dakwat sotong pun tak nampak. Ok, masa ni baru dia cakap sotong dah ambil, tapi rasanya tertinggal kat para. πŸ˜©πŸ˜©πŸ˜©

- Suruh beli susu segar, balik dia beli susu segar perisa strawberi. Ok ni salah sendiri sebab tak tulis nak perisa original. πŸ™„

- Suruh beli tepung pulut, balik dia beli tepung beras dengan alasan, tepung pulut tak ada. Dah habis.😩

Kesimpulannya, sebab tu beli barang, bini biasanya kena ikut. πŸ˜‚

Silap² esok lusa kena keluar lagi beli barang dapur. Kali ni kena senaraikan dengan khusus jenis barang, berapa banyak kena beli, kalau ada brand, tulis siap² brand apa ko nak beli.

Kredit : Ruzita Awalludin

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]