BASIC YANG PERLU ADA UNTUK JADI TUKANG JAHIT


1.ILMU
Takda yang ni semua takleh jadi. Sebaik2nya pergi menuntut ilmu menjahit di kelas offline is better. Berhadapan dengan guru lebih mudah untuk faham step2 menjahit. Cnfirm la kan takde sapa nak bg kelas macam tu percuma. Tapi tak rugi langsung jika anda laburkan sedikit duit untuk ilmu dan keuntungan yang akan diperoleh pada masa akan dtg. Bukan kata kelas online tak bagus. Tapi kita kena tgok lah tahap kita di mana. Kalau jenis lambat pickup kan rugi je belajar tapi tak faham2.

NI saya bagi tips nk cr kelas yang bagus:
-survey jumlah harga , jam, hari dan modul..bersesuaian tak dengan yang kita bayar.
-Survey siapa tenaga pengajar dan feedback dr org lain
- Survey kaedah pembelajaran yang digunakan

Baru buat perbandingan berbaloi atau tidak harga dengan apa yang kita akan dpt nanti. Asal dengar kelas tu mahal je terus tawar hati. Tapi kita semak dulu kenapa ia mahal, apa yang ditawarkan begitu juga dengan kelas yang murah

2. MESIN JAHIT
Nak menjahit kena lah ade mesin jahit. Kalau jahit manik tu tak perlulah. Nak beli mesin jahit pun sama. Survey harga dan fungsi mesin jahit tersebut. Ye2 beli murah2 tapi pakainye lepas sebulan atau nak jahit itu ini dah tak boleh. Sayang lah beli tapi tak boleh digunakan.

3.MODUL
Bagi yang zero sebaik2nya pergi belajar yang basic seperti baju kurung, kurung moden , jubah. Jangan terus2 nak belajar buat baju melayu. Nanti pening. Sebab nak menjahit ni pun kena pandai matematik dan bermain dengan formula2. Kalau kita tak belajar 1 2 3 mcmana kita nak tahu buat kire2 kan.

4.PERCUBAAN
Cuba ambil tempahan dari kenalan atau keluarga terdekat. Suruh mereka bg feedback jahitan anda mcmana. Jangan pula jadi "Bodoh Sombong" takmo dgr kritikan . Tu baru keluarga kritik. Belum jumpa dapat customer cerewet tahap gaban yang kritik. Kompom nangis. Buat baju utk sendiri dan sendiri rasa sedap ke tidak. Jangan asyik buat baju budak je . Dorang bukan reti nk komplen2.. tak selesa ke bukan dia tau tang mana yang selesa ke tidak.

5. BERGURU
Jangan fokus pada satu guru. Cuba luaskan ilmu dengan belajar dari mcm2 guru. Sebab lain guru lain tekniknya. Tapi yang mana anda rasa sesuai dengan jiwa dan mudah faham , ambil ilmu tu. jangan pulak kate guru tu ajar ajaran sesat. Tu cara dia . dia faham begitu. Anda yang berhak memilih mana yang bagus.

6.BERANI MENGAMBIL RISIKO
Bila anda dah termasuk dalam dunia jahitan ni kenalah berani utk hadapi risiko . Risiko kain tak cukup, risiko kain rosak dan sebagainya. Bila dah mahir jahitan basic , cuba mahirkan pula dengan jahitan lain . Tengok mcm susah je takmo cuba buat. Lepas tu nak jahit kain cotton je. Tak boleh mcm tu.. Kalau tidak sampai bila2 lah tak maju ke depan. Pertama kali nak cuba tu jgn terus buat pada baju org. Buat baju kita sendiri. Biasakan diri dengan mencuba pembagai jenis fabrik dan fesyen. Belajar satu persatu. jangan tamak pulak sekali gus nak belajar smpai 6 7 fesyen.

7. BERSEDIA HADAPI TEKANAN
Menjadi tukang jahit akan melalui tekanan mental, tekanan jiwa , emosi yang sgt hebat. Kalau rasa tak reti sabar memang payah sikit nak jadi tukang jahit yang bagus. Silap gaya baju masuk tong sampah. Masa kita tak pandai jahit asyik tempah kat orang mmg kita akan cakap " Alah kecikkan badan je , bukan susah.kejap je kan" "jahit je pun bukan susah sgt" Tapi bila anda jadi tukang jahit ..confirm rasa nak lempang je kan siapa yang cakap macam tu huhuhu.

Tekanan dengan due date lagi. Ragam customer , Kain yang susah nk urus. macam2. orang tengok pekerjaan tukang jahit mudah kerana mereka nampak kita hanya duduk di atas kerusi je . Peluh pun tak keluar. bukan kena angkat berat ke ape. Tapi tukang jahit berhadapan dengan tekanan yang tak boleh lihat dengan mata kasar . Dengan sakit pinggang, mata rabun , rayuan2 org dan sebagainya

Semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin menceburi bidang ini..sekian pengalaman yang tak seberapa dari saya..
- Ida Ismail -

Kredit: D awana Sewing Machine

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]