PETUA MEMBUAT KEK & BISKUT

TIPS MEMBUAT KEK

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
8) Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Harap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.

PETUA MEMBUAT KEK,KUEH DAN BISKUT

1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.
2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.
3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.
4) Bagi mengukur bahan cairan seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.
5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.
6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.
7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
8) Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.
9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir.
10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.
11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.

TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.

COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.
TEPUNG JAGUNG
Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.

PETUA UNTUK BISKUT
Adunan biskut hendaklah diuli dengan perlahan, jika tidak biskut tidak rangup.
Letakkan adunan biskut yang sudah diterap diatas pembakar yang sejuk. Jika tidak biskut akan terlalu mengembang.
Biskut yang terlalu keras boleh dilembutkan dengan meletakkan sekeping roti didalam bekas penyimpanannya. Tukar dengan kepingan baru setiap hari. Roti juga boleh melembutkan gula perang yang mengeras.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]