TIPS FROSTING ATAU TOPPING


Bagi yang masih baru dalam dunia baking..mungkin ada yang tidak tahu perbezaan diantara kek yang sesuai untuk guna frosting/ topping kek untuk creamcheese,whippingcream dan buttercream ..sebenarnya ada beberapa kek yang tidak sesuai untuk guna buttercream tapi lebih sesuai dengan creamcheese atau whipped cream..jadi apa kata kita tengok kesesuaian jenis kek untuk creamcheese ,whipped cream .

Ok bagi yang terkonfius Perbezaan Whipped Cream /Light/heavy/Fresh/Double Cream ..boleh lihat dalam laman ini..bagi yang baru2 berjinak-jinak nak beljar kek boleh guna whipping cream dulu dan bagaimana Cara menghias kek whipping cream/Fresh Cream boleh juga lihat kat laman ini juga..selamat mengfrosting.

Ok check tip frosting atau topping kek mengikut kesusai jenis kek.

FRESH CREAM/WHIPPING CREAM
Frosting atau topping whippingcream amat sesuai untuk kek sponge. Hiasan menggunakan fresh cream adalah untuk continental cake. Combination yang sesuai, blueberry filling, mousse, hot fill (kiwi, chocolate, raspberry, mango, black cherry, pitted cherry, peach, pelbagai jenis buah-buahan, etc.). Contoh kek; Black Forest, Blueberry Cake, Mousse Cake, Cheese Cake, Fruit Flan, etc.

BUTTER CREAM
Sesuai untuk pelbagai jenis kek jenis rich atau sponge. Tidak sesuai langsung dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan juga filling. Combination yang sesuai adalah chocolate & piping jelly. Contoh kek; Butter Cake & Sponge Cake.Jadi frosting atau topping yang sesuai untuk kek jenis ini adalah buttercream.

CREAM CHEESE
Sesuai untuk frosting atau topping Carrot Cake ,Chocolate Cake, Velvet cake, Any cupcake & Cheese Cake.

FRUIT FLAN
Gunakan frosting atau topping fresh cream. Hiasan yang sesuai adalah buah-buahan jenis lembut seperti peach, kiwi, mango, grape, strawberry. Gandingan yang sesuai untuk hiasan dikeliling kek adalah hiasan coklat, croquant, cornflakes & kepingan badam bakar. Chocolate rice sama sekali tidak sesuai.

Kredit: Facebook Zanfriends Bakery

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]